Wednesday, April 27, 2011

Ketenangan yang dirindui

Assalamualaikum semua.Apa khabar kalian?
Hua-hua tajuk post aku kali ni bukan main lagi.Ketenangan yang dirindui.Serius aku bukan nak jiwang ok.Sejak dua menjak ni,hidup tenang cuma tak setenang macam dulu.Tekanan daripada banyak pihak kadang-kadang buat kita jadi stress.Tapi balik kepada lumrah kehidupan,mana ada hidup manusia yang perfect bukankah begitu?
Sejak dua menjak aku rasa macam dapat satu feeling yang agak luar biasa.Serius ketenangan yang amat aku rindui alhamdulillah sedang kembali.Nak tau apa?
SOLAT BERJEMAAH
Hanya orang yang solat berjemaah saja tau feeling kemanisan solat berjemaah.Aku bukan nak kata kalau sembahyang seorang tak perfect,just kalau kita sembahyang berjemaah dan makmum yang ramai dalam 20 orang.SUBHANAALLAH.Rasa macam nak menangis aja.Serius aku rindu ketenangan semasa belajar dekat SMKAK dahulu.Boleh katakan 5 waktu tu semua solat berjemaah.Walaupun tak dapat imam pertama,imam lain pon ok sahaja.Ketenangan tu yang sangat-sangat aku rindu.Rasa syahdu gila.
Semalam ketika ada event silat,bebudak silat pon turun sembahyang jemaah.Serius aku rindu gila waktu sembahyang berjemaah semasa dekat SMKAK.Walaupun nakal sedikit,kami tetap sembahyang berjemaah.Sembahyang kan dapat mencegah kemungkaran.Alhamdulillah.Rindu semasa ustadz-ustadz dekat SMKAK turun padang untuk sembahyang berjemaah dekat surau.Especially Ustadz Affendi.Suara yang merdu bertambah dengan tarannum serta lancar dan jelas memang sangat-sangat best.Aku malam nak tulis banyak-banyak kebaikan solat berjemaah.Kalau aku tulis memang panjang lebar lah.Tapi satu yang aku tekankan semangat bersatu padu dan kemanisan tersendiri.Kalau orang selalu kata kemanisan iman,tetapi solat berjemaah pon ada kemanisan tersendiri.Inilah Allah berikan kepada hamba-hambanya.Aku bukanlah budak yang baik kalau nak bercerita panjang lebar.Aku pon masih banyak lubang-lubang yang perlu dibaiki.Sama-samalah kita bertegur sekiranya kita melakukan kesalahan.Mana ada manusia yang perfect.
Setakat ini saja aku nak tulis.Banyak jugak sebenarnya nak tulis tapi sekarang ni aku terpaksa turun untuk training silat.=)
Seandainya aku ada membuat sebarang kesalahan,aku sangat-sangat mengalukan orang untuk menegur kesilapan aku yang hina ini.Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Nota kaki
*rindu SMKAK
*sedap gila f1 strawberry.Serius aku tak tipu.Rasa macam susu dutch lady strawberry.Dah la sihat ,siap cukup nutrisi untuk badan aku lagi.(tetiba ja tukar tajuk..=P)

Betapa bersatunya umat islam apabila melakukan solat berjemaah..=)


Formula 1 Strawberry

inilah contohnya.Waa sedap serius!!

No comments:

Post a Comment