Sunday, April 24, 2011

Minggu bestiessss +superb PBAKL

 Assalamualaikum.Sebenarnnya dari semalam lagi aku terkinja-kinja nak post entri kali ni.Sangat-sangat happy,excited,terharu dengan semalam.Syukur sangat pada Allah alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

SITI ROSMIZAH  
                              I LOVE U
hahaha!Nampak over gila aku.Perhatian!!Aku bukan lesbiah ok.
Semalam,disebabkan aku agak sedih sebab tak jadi balik kedah,then aku amik keputusan nak balik umah anak buah aku dekat KL.So,kawan aku ada bagitau dya nak pi PBAKL dekat PWTC.So,tunggu apa lagi.Aku pon join sekaki.Target aku awalnya nak cari DOCTOR IN THE HOUSE TUN DR MAHATHIR versi bahasa malaysia sebab ayah aku penah mention bulan lepas dia nak buku tu.So,sempena birthday dya baru-baru ni,aku fikir ni kot hadiah terbaik.Tapi,masa aku singgah dekat gedung MPH versi english je ada.So cancel even ada 10% discount.Next time ja lah beli tunggu versi bm dulu.So,duit dah ada tunggu nak cari buku ja nak beli.Jalan punya jalan satu buku pon aku tak minat.
Lupa nak pusing plak


Ika berbelah bahagi nak beli.Banyak sangat

Promosi!!

Sorry hehe

Borong paling laku sebab semua Korean ada kat sini.Wahhhh<3

Tiba-tiba roommate aku Ika tunjuk satu poster dekat aku.Lupa pulak nak tangkap gambar poster tu.
Poster gambar Siti Rosmizah.Rupa-rupanya Siti Rosmizah ada keluarkan novel baru.Tapi aku tak pernah tau.Pucuk dicita ulam mendatang tunggu apa lagi aku terus pergi booth tu.FUIYO!!banyak gila novel dya.Tajuk novel terbaru dya 7 Hari Mencintaiku.Aku terus amik tanpa baca sinopsis sebab bajett tau dah novel dya memang tak kan menyesal kalau aku beli.Tetiba sorang cashier bagitau good news yang Siti Rosmizah nak datang tapi pukul 2.30 petang.Aku terus tengok jam.Jam pukul 2.10 So cadang nak tunggu dia.Peluang bukan selalu datang.Member aku ajak pergi booth lain dulu sementara nak tunggu dia datang.So kami pon pergi lah ke booth karangkraf.Serius ada sale alaf 21 and buku prima.Haish kalau dekat Kedah memang serius aku borong habis-habis.Tu ayah aku selalu marah.So sebab nak jimat duit aku beli satu novel keluaran buku prima Kuih bawang dan Kopi O.Best kan tajuk dya.Unik gila.Sebab tu aku beli Hahahaha.Kalau ika dya beli novel kalau cover depan cantik,tapi kalau aku,aku tengok tajuk depan.So penulis-penulis novel di luar sana sila bagi cover novel anda cantik dan tajuk unik.Insya allah laku.Ceewah hahahha.
Kalau aku nak komen novel 7 Hari Mencintaiku cover dya memang sweet gila and tajuk pon agak unik.Tak kisah sebenarnya janji Siti Rosmizah tulis confirm best.Demi siti Rosmizah sanggup je.!!=P
Lepas lepak-lepas dekat booth karangkraf kitaorang terus pergi booth ekslusif popular sebab jam dah dekat 2.45 bajet siti rosmizah mesti dah sampai.Sebab apa booth ni nama ekslusif popular.Apa yang aku paham,booth ni khas untuk beberapa penulis and buku saja.Yang ada aina emir,siti rosmizah and apatah aku tak ingat.Buku yang ada pon tak sampai 10 buah sebab booth tu memang gila-gila khas untuk beberapa penulis saja.Sebab apa mereka terpilih?Sebab buku keluaran diorang saja yang meletup Contohnya Siti Rosmizah.Semua buku dia meletup especially novel pertama dia Andai itu takdirnya.Memang serius best gila.Aku bagi 10 daripada sepuluh.Yang novel lain pon best.Paling meletup yang aku tau yang pertama la.Dia siap dapat anugerah daripada berita harian lagi.
Kalau nak tau,Siti Rosmizah ni seorang lawyer awal-awalnya.Novel pertama yang dia tulis(Andai itu Takdirnya),ni merupakan mimpi beliau selama 3 malam berturut-turut.Atas sokongan family,dia menulis mimpi  beliau dan terhasillah novel tu.Memang serius best!!!Aku pon dah baca 7 Hari Mencintaiku.Memang best sebab kali ni novel tu lain daripada yang lain.Kalau selalu hero kaya kali ni dia buat hero orang biasa and heroin orang muflis.Hahahaha.Unik kan?Kalau nak tau lagi,sila beli insya allah tak rugi=P

Balik pasal Siti Rosmizah,semua fans dia kena tunggu dekat sejam setengah jugakk la sementara nak tunggu dia datang.Biasalah KL.Memang macam tu.Kalau target pukul 2 petang,pukul  1 kena keluar dah.Jammed!!
Kami fans Siti Rosmizah


Semua fans pakat tunggu!!

Banyak gila!!Hari pertama dipasarkan~~


Tapi,kira oklah at least dia datang jugak sebab sepatutnya dia datang hari Sabtu sempena pekancaran buku 7 Hari Mencintaiku.Kalau nak tau,buku tu tak ada jual dekat kedai-kedai lagitau.Sempena PBAKL,Siti Rosmizah pon lancarkan novel ke 4 beliau.So sapa-sapa yang berminat,sila pergi PBAKL ya.Kalau nak tunggu jual dekat popular mungkin ada nanti.Tapi cepat-cepat la.Takut habis.Aku tak tau nak kata kali ni novel dia berapa kali cetak.Kalau andai itu tardirnya,dekat 10 kali cetakan juga dalam setahun.Memang meletup.Family aku yang baca pon nangis-nangis,touching hahaaha

Alhamdulillah walaupun kena tunggu dekat sejam setengah,akhirnya Siti Rosmizah datang juga
Comel orangnya.Kecik aja.Serius suka sangat dengan dia.Tabik spring sebab dya pandai manage nak tulis novel dengan kerjaya sebagai lawyer.Sebab tu kadang-kadang dalam novel dia,mesti ada sikit-sikit kaitan pasal lawyer.Suka-suka .Hahaha
Setibanya beliau=)

=)



Khas~~ untuk Fatimah

Dear Fatimah,=)

Unbelieveble can standing beside her..=)


Habis pasal PBAKL.
Selepas saja pisah dengan ika dalam STAR,aku pon ambik Putra menuju stesen Jelatek.Alamatnya hujung minggu ni memang aku lepak dekat rumah anak buah aku ni la.Lagipun nak habiskan pembacaan aku lagi.
Paling aku tak boleh lupa time kena jaga anak diorang.SubhanaAllah aku mana pernah jaga baby selama ni.Memang aku elak betul-betul.Mungkin sebab aku bongsu.Hahahha.Aku ingat lagi time dia nangis,gelabah gila.Aku dah dukung dan tepuk-tepuk dya still nangis.Last kena call kak Su.Minta maaf sangat kak Su.Fail!!0 marrkah..=)
Time happy ok ja=)

Serius gelabah gila time ni..

time dngn ayah ok pulak..

So,hari Sabtu tu,aku dengan kak Su mulakan operassi menghasilkan sushi homemade.HAHAHA.
First time buat sushi,overall not bad.Ada jugak la rasa sushi cuma tak adalah sesedap sushi king.Gulung pon tak adalah perfect.Janji lepas jugak teringin nak makan sushi !!Aku pon tak tau sejak beberapa bulan ni asyik nak makan sushi aja.Minat gila dengan makanan negara matahari terbit tu.Mungkin dok layan cerita depa banyak sangat kot.=P
Nasi

beberapa cantik

sebelum gulung

ok la!!

macam lemang la pulak..=P

not bad

air ni aku reka.!!Kak su kata sedap..Yess!!


Kalau pergi rumah diorang,memang memanjakan diri ajalah.Makan lepak aja.Kak Su pulak satu kepala dengan aku.Aku pon tak pernah nak rasa segan.Anggap macam kakak aku aja sedangkan dia anak buah aku.Hahaha.Thanks kak Su.Nanti kita buat bisnes lagi tau.Mungkin lepas ni target kita nak buat steamboat pulak kan.??Hahahha.

So,duduk punya duduk dah nak balik cfsiium balik.Aku pon belanja lah diorang anak beranak makan dekat Johnny.Macam biasa layan steamboat.Memang kenyang sangat-sangat walaupun amik banyak sayur.Harga standard la.Lepas-lepak dekat jusco lepas makan apa salahnya kan?=P
sapa yang gila AF boleh lah datang sini sebab bebudak AF berlatih dekat sini.


Sementara tunggu Kak su N Lon shopping



So,overall best minggu ni dan yang paling the best!!Jumpa Siti Rosmizah.Nak jumpa lagi lah.Tak bersyukur betul aku ni.Terima kasih ya Allah sebab bagi saya jumpa dengan Siti Rosmizah walaupun tak pernah terfikir atau berangan nak jumpa dia.Tapi,Allah takdirkan dapat jumpa dia.To Siti Rosmizah,saya antara fans awak.Teruskan perjuangan bidang penulisan anda.Anda sangat berbakat.Lain dari yang lain.Hopefully,kita boleh jumpa lagi pada masa hadapan.Semoga anda sentiasa dirahmati Allah selalu.
Jom layan gambar lagi..
Ni la cucur bawang Kopi OOO


2 pun jadi la~~


Jom pi PBAKL

Trademark Herbalife

Herbalife round the world~~

No PROBLEM



Nota kaki
Jangan tengok parut jerawat dekat muka pls.Sebab sekarang tengah detox..
Sabar-sabar
O Allah,please give me a strength.
Amin.


No comments:

Post a Comment