Saturday, April 16, 2011

Minggu yang pack

Assalamualaikum semua.Hye!!Apa khabar semua?Bajet ramai je orang baca takpa..
Sebenarnya nampak sangatlah aku tak update blog sepanjang minggu lepas.
SubhanaAllah sangat-sangatlah pack masa minggu lepas sampai rasa nak nangis aja.Masuk tandas masa nak mandi air mata macam nak mencurah-curah tapi dalam hati.'Fatimah,sabar-sabar!!Allah nak bagi dugaan nak tengok sejauh mana kesungguhan hati aku'
Berpegang dengan kata-kata tu aku buat biasa aja.Minta maaf sangat dengan roommate aku sebab tak banyak cakap tapi weekend ni aku dah balas habis-habisan.Sayang semua.
Mari aku tulis sebab apa aku busy sangat last week

Isnin-Malam kelas silat macam biasa+study 4 midsem
Selasa-Kelas macam biasa+study for midsem
Rabu-Kelas macam biasa +bukak booth dekat student plaza sampai petang+malam test silat sebelum naik kelas
Khamis-Kelas macam biasa+bukak booth+malam exam midsem

Walaupun hari yang aku busy hanyalah Rabu dan Khamis tapi rasa sangat-sangatlah serabut.Dari sini aku belajar time management.Aku kena manage masa aku untuk siapkan latihan madam bagi,pasal booth dan pasal nak study untuk midsem.Aku amik math3 bukan calang-calang subjek.Kalau aku fail,nampaknya kena repeat la sem depan.Insya allah aku akan usaha sebaik yang mungkin.Aku dah janji dengan ayah aku yang aku akan jaga pelajaran aku.

Bercerita pasal booth  I REALLLLLLLLY LOVE IT!!Serius tak menyesal langsung walaupun busy.Aku belajar banyak benda dengan membuka booth bersama kak Naza and kak Wani.Terima kasih pada kedua-dua orang ni.Aku belajar pasal body analysis.Selama ni kak Naza yang ambik bacaan kat badan aku tapi aku tak pernah nak belajar buat sendiri.Konon-kononnya tak penting.But,serius pusing 360 darjah aku kena belajar bila buka booth.Sambutan dari student CFSIIUM sangat-sangatlah menggalakkan especially dari sister.Rasa sangat-sangat seronok dan bersemangat nak tolong orang-orang di luar sana untuk improve their health.Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan kami Ya Allah.Amin.
Pada awalnya,memang tak dapat sambutan.Aku fikir mungkin student-student ni tak berapa minat pasal kesihatan.Yalah zaman student,zaman makan.Ceewah.Tapi bila dah start tengah hari,aku dengan Kak Wani tebalkan muka juga cuba close student-student.Alhamdulillah memang diorang minat sangat.Memang tak menang tangan.Sampai aku yang tak pernah guna penimbang body analysis tu pon boleh reti guna.Siap bagi consultant kesihatan dan cerita pasal Herbalife.Especially apa yang Herbalife bagi dekat aku.Aku bersyukur sangat Allah temukan aku dengan Herbalife.SubhanaaAllah,Alhamdulillah.

Pasal midsem pulak,aku bertawakal sahaja sekarang ni.Harap-harap dapat keputusan yang cemerlang.Semoga apa yang aku belajar Allah berkati bukan sahaja untuk aku guna dalam midsem tapi dalam kehidupan.Siapa kata kalau involve dalam Herbalife, tak boleh berjaya dalam akademik.Bagi aku jumpa dia.Ramai sudah orang yang buat Herbalife,tapi result still gempak janji korang kena pandai manage masa korang.Gunakan masa sepadat yang mungkin.Aku juga sering ingatkan diri aku supaya memanfaatkan masa.Allah juga berfirman dalam surah Al-Asr.Demi Masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Jom layan gambar..=D


Sama -sama kita praktikkan dalam kehidupan Insya Allah.


Nota kaki-baru bfast dengan shake herbalife.=D.sangat sedap simple but perfect
               -who interested,contct me 0133397248=D

No comments:

Post a Comment