Friday, April 8, 2011

Kenangan di SMKA Kedah...Korang-korang!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Especially kawan-kawan aku semasa sekolah menengah iaitu SMKA Kedah.Serius entri kali ni memang aku nak tulis berjela-jela sebagai tanda aku rindu dekat hampa semua.
First time aku masuk SMKAK,aku ingat lagi aku dok teriak saja(manjek la plak),time ni aku kurang kenal dengan si Hazirah.Ayu pulak just kenal gitu-gitu sebab dia anak kawan ayah aku.Serius kawan-kawan yang aku rapat last-last dekat SMKAK semuanya aku kurang kenal waktu form 1.Aku ingat lagi dulu aku tak duduk dengan hampa semua sedangkan aku pi berhijrah dekat bilik cousin aku.Nak kata aku rapat dengan dia tak adalah sangat.Tapi keputusan ayah aku terpaksa aku ikut.Serius kalau bukan pendirian ayah aku yang kuat nak suruh aku duduk dekat SMKAK tu,aku rasa aku tak pernah kenal hampa yang sangat aku sayang erat-erat.

Naik form 2,aku sekelas dengan Hazirah.Dari form 2 aku mula duduk dengan orang yang sama umur dengan aku.Dari sini aku mula rapat dengan Izzati Fadzil,Marjani,Ayu,Farah(korang egt x),Zubed and ramai lagi aku pon  tak berapa ingat.Waktu ni zaman ke'otai'an sudah mula.Boleh kata aku rapat dengan bebudak bilik aku tak silap bilik Ilmiah kot nama bilik tu.Hazirah plak sebelah bilik aku ja iaitu bilik Ilham.Darii segi kelas aku rapat giler dengan Hazirah.Kami study sama-sama,gaduh sama-sama,makan sama-sama.Terima kasih sebab sudi kawan dengan aku.Aku ingat lagi time first time masuk form 2,aku pi dekat hang,aku tanya sebelah hang ada orang tak ?Hang kata tak dak.So aku pon mulalah sesi taaruf,Skema!!Pastu kita pon mula kawan,rupa-rupanya kita ni sama2sekepala.Tambah join dengan gang lain lagi la.Ingat tak masa kita involve hoki,pasukan kita dok lepak dekat bilik sebab balik lewat,then teacher Sherry datang serang kita.Terkedek-kedek semua lari pi kelas prep .Hahaha
Dari segi bilik plak,time tu sebab pengaruh Marjan,aku,Ti,dengan Farah gila kumpulan F4.Aku ingat lagi marjan buat kad merah kumpulan f4 pastu dok pelekat dekat kepala orang.Time bulan posa aku engat lagi dok lari-lari pi DM lepas habis semayang margrib.Serius tak matang langsung.Keja nak makan ja.Hahahah.Pastu buat semayang tarawih lapan ja then naik bilik dok cerita pasal cerita korea.

Naik form 3,aku dengan Ti terpisah bilik tapi kami sekelas.Hazirah pandai so dya naik kelas,tapi aku malas nak usaha,stay ja dekat Mawaddah.Hazirah plak sebilik dengan aku.Time ni aku ingat lagi Ayu selalu lepak dekat bilik kita kan Hazirah?Sebab bilik kita ni sempoi.Aku ingat lagi selalu kena marah dengan Awi.Awi kan ketua yang sangat-sangat berdedikasi.Rindu hang membebel la Awi.Sebab hang la Hazirah.Hang dengan aku kalau gelak memang tak ingat dunia.Pontianak pon kalah.Paling aku tak boleh lupa,time kita skip programme apa tah,the teacher Sherry naik bilik.Semua sembunyi.Aku ingat lagi time ni aku sembunyi bawah katil.Gila bangang.Pa'in sembunyi dalam locker.hahahahha.Handset jgn cerita aku simpan dalam tin biskut.Marjan sembunyi dalam sabun basuh baju.Gila la hampa ni.
Satu lagi aku tak boleh lupa,time lepas PMR.Semua pakat balas dendam malas pi sekolah.Aku ingat lagi kita pi sekolah pukul 8 pagi sedangkan kelas pukul 7.30 pagi.Tak silap aku 3/4 student form 3 kena tahan dengan pengawas.Time ni kita dapat PK baru.Hampa egt x?
Orang panggil dia Nyet.Aku panggil dya pak cu..Ceewah hahaha
Ayah aku pon pening kepala dengan perangai aku sebab aku ni kan anak bongsu.So dya takut kena tindakna disiplin tapi kita rilex saja kan....
Alhamdulillah main-main kita,kita tetap study.Dapat result sama-sama cemerlang.

Naik form 4,semua pakat nak tukar sekolah.Konon-konon nak pi SBP la macam-macan la.Time ni aku pon terpengaruh.Aku nak pi SAINA.sebab boleh balik tiap mggu ya lah dekat gila dengan rumah.Hahahhaa.
Sampai nangis+merajuk dengan ayah aku sebab tak bagi.Dya kata belajar kat mana pon sama janji usaha.Dekat SMKAK pelajaran dapat agama pon dapat.Walaupun aku jahat,ayah aku tetap tak bagi aku keluar dari SMKAK.Harini baru aku paham kenapa ayah aku buat macam tu.Aku sayang ayah sangat-sangat.Jom kita hantar anak-anak kita masuk sekolah agama nak nanti ..Hahaha
Aku ingat lagi aku dengan Wan selalu lari balik umah hujung minggu.Sampai ayah aku pon pelik boleh balik umah setiap minggu.Time hampa kena dengan Ust Fendi sbab skip fardu ain tu nasiblah aku balik umah kalau tak mesti aku ada sekali .Hahaha
Waktu ni aku ingat hang HAZIRAH,kita sama-sama dok pekena cikgu Shatrri.Dya kan skema.Aku harap dia  tak baca entri aku kali ni.Aku ingat lagi dia suka amik masa cikgu lain.Yalah time ni kan aku dilantik secara tak rasmi sebagai penolong ketua kelas hampa.Memang hampa semua jahat noh.Dahla ketua kelas sellau bertukar start dengan Pian then Sidqie.Hujung tahun tu aku ingat lagi kita buat majlis perpisahan budak kelas 4 Ihsan.Serius aku rasa kelas paling best 4 Ihsan.Sebab semua bagi cooperation dan kelas kita pon menang pertandingan keceriaan kelas berapa kali tah aku pon lupa dah.Thanks semua girls and boys.Aku tau walaupun mulut aku ni dok hingaq ka apa ka,apa-apapon hampa still ikut.sayang hampa sangat-sangat.

Naik form 5,kelas kurang best.Dengan tekanan nak SPM semuanyalah bergabung.Macam bukan manusia lagi.Tapi setiap minggu mesti lari balik umah secara haram.Nasib ada Hazirah dengan Naimah.Hampalah penyeri hidup aku kalau tak memang aku pon terpengaruh terskema sekali hahaha.Naimah dengan lambat pick up dya.Apa-apa pon hang memang pandai Naimah.Naimah suka buat muka slumber pastu suka gelak bila orang sudah habis gelak.Naimah sorry kalau aku dengan Hazirah suka pekena hang.Sayang hang sangat-sangat.Walaupun kita kena pindah bangunan ke bangunan lama,aku tau ada hikmahnya.Kita hanya merancang,Allah lebih mengetahui.Ingat lagi time bangun study pagi-pagi,serius aku baca bukan masuk apa pon dalam otak,tapi bajet pi la nak study.Alhamdulillah kita semua dapat keputusan cemerlang.
Apa-apa pon walaupun kita terpisah,kenangan dengan hampa memang aku tak akan padam dari kamus hidup aku.Kita buat jahat sama-sama,dekat DM aku rasa yang bahagian ni hampa lebih cepat paham.TERUTAMA Hazirah.hahaha.Aku rindu hampa semua..Hazirah,Ayu,Ti,Wani,Marjan,Zubed,Mirah,Naimah,Awi,Pa'in and ramai lagi.

Jom layan gambar

suatu ketika dahulu

time spm

bas yang sangat-sangat berjasa

Wani dengan Hazirah

Naimah dengan Feeza

Ti dengan Zubed

I miss this moment

tak silap aku lepas meng'kedarah'

thnx  <<<<


kita...

comel

time kacai cikgu shatri tak silap

masih ingatkah hampa?

bekas ketua 4 ihsan

sangat-sangat sempoi time class bio

dengan cikgu shatri

hari terakhir 4 Ihsan

sometime miss him haha

bekas ketua 4 ihsan

tak silap time maulidur rasul


miss awk dan awk

'adik' kesayangan kita


sangat sedaop

bakti terakhir kita kpd Zuhrah





rindu hampa sangat-sangat haha

who?

time muda-muda


time hazirah tiru aku haha

keja comel time bio class

sangat-sangatttttttttttttt rindu

sangat-sangat kasih

terbaik

time denda

muda-mudi

ex-4 ihsan


aku sangat sayang dengan gambar ni


simpan erat-erat

ayu dengan agenda nya

suatu ketika dulu



aku sangat rindu bilik bi...curi maggi haha

*banyak lagi gambar tapi malas aku nak upload
*banyak lagi aku nak tulis tapi tak tertulis..just summary yang terlintas dekat otak aku..
*aku sangat sayang hampa-hampa semua

Khas untuk hampa semua..yang pernah sudi menjadi sahabat aku...i love u all



No comments:

Post a Comment