Wednesday, April 27, 2011

Ketenangan yang dirindui

Assalamualaikum semua.Apa khabar kalian?
Hua-hua tajuk post aku kali ni bukan main lagi.Ketenangan yang dirindui.Serius aku bukan nak jiwang ok.Sejak dua menjak ni,hidup tenang cuma tak setenang macam dulu.Tekanan daripada banyak pihak kadang-kadang buat kita jadi stress.Tapi balik kepada lumrah kehidupan,mana ada hidup manusia yang perfect bukankah begitu?
Sejak dua menjak aku rasa macam dapat satu feeling yang agak luar biasa.Serius ketenangan yang amat aku rindui alhamdulillah sedang kembali.Nak tau apa?
SOLAT BERJEMAAH
Hanya orang yang solat berjemaah saja tau feeling kemanisan solat berjemaah.Aku bukan nak kata kalau sembahyang seorang tak perfect,just kalau kita sembahyang berjemaah dan makmum yang ramai dalam 20 orang.SUBHANAALLAH.Rasa macam nak menangis aja.Serius aku rindu ketenangan semasa belajar dekat SMKAK dahulu.Boleh katakan 5 waktu tu semua solat berjemaah.Walaupun tak dapat imam pertama,imam lain pon ok sahaja.Ketenangan tu yang sangat-sangat aku rindu.Rasa syahdu gila.
Semalam ketika ada event silat,bebudak silat pon turun sembahyang jemaah.Serius aku rindu gila waktu sembahyang berjemaah semasa dekat SMKAK.Walaupun nakal sedikit,kami tetap sembahyang berjemaah.Sembahyang kan dapat mencegah kemungkaran.Alhamdulillah.Rindu semasa ustadz-ustadz dekat SMKAK turun padang untuk sembahyang berjemaah dekat surau.Especially Ustadz Affendi.Suara yang merdu bertambah dengan tarannum serta lancar dan jelas memang sangat-sangat best.Aku malam nak tulis banyak-banyak kebaikan solat berjemaah.Kalau aku tulis memang panjang lebar lah.Tapi satu yang aku tekankan semangat bersatu padu dan kemanisan tersendiri.Kalau orang selalu kata kemanisan iman,tetapi solat berjemaah pon ada kemanisan tersendiri.Inilah Allah berikan kepada hamba-hambanya.Aku bukanlah budak yang baik kalau nak bercerita panjang lebar.Aku pon masih banyak lubang-lubang yang perlu dibaiki.Sama-samalah kita bertegur sekiranya kita melakukan kesalahan.Mana ada manusia yang perfect.
Setakat ini saja aku nak tulis.Banyak jugak sebenarnya nak tulis tapi sekarang ni aku terpaksa turun untuk training silat.=)
Seandainya aku ada membuat sebarang kesalahan,aku sangat-sangat mengalukan orang untuk menegur kesilapan aku yang hina ini.Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Nota kaki
*rindu SMKAK
*sedap gila f1 strawberry.Serius aku tak tipu.Rasa macam susu dutch lady strawberry.Dah la sihat ,siap cukup nutrisi untuk badan aku lagi.(tetiba ja tukar tajuk..=P)

Betapa bersatunya umat islam apabila melakukan solat berjemaah..=)


Formula 1 Strawberry

inilah contohnya.Waa sedap serius!!

Monday, April 25, 2011

Betapa pentingnya detoxification

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.
Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.
Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.
Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.
Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.
Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.
Bertemu dengan Pengurus Produk Juvanex di Cambert (M) Sdn. Bhd., Gracia Ng, menemukan pelbagai skop tentang kebaikan buang toksin dan cara-caranya.
Beliau yang juga seorang ahli farmasi berpengalaman, menerangkan bahawa secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.
Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Ng menerangkan, simptom di atas hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.
“Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Ng, toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.
Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.
“Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.
“Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,” ujar Ng.
Rutin pembuangan air besar terganggu
Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang norma.
“Pengalaman saya sebagai seorang ahli farmasi, wanita lebih kerap mengalami masalah pembuangan air besar. Ada kes seorang wanita yang hanya membuang air besar seminggu sekali.
“Sebenarnya masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus.
“Sebenarnya, sebarang pengambilan ubat untuk kurus yang melawaskan pembuangan air besar akan menyebabkan gangguan pada rutin pembuangan air lebih-lebih lagi apabila mereka menghentikan pengambilan tersebut. Mereka ini akan terdedah kepada penyakit sembelit,” cerita Ng berdasarkan pengalamannya.
Jelasnya, proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.
“Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku. Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin.
“Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan,” katanya.
Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan,” jelas Ng.
Tanda-tanda seseorang
itu banyak toksin
Menurut Gracia, seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
“Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.
“Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.”
Toksin berlebihan mempengaruhi emosi
Ng yang turut membuat pemerhatian mendalam tentang proses nyah toksin mendapati, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga.
“Kita mungkin pernah terserempak atau melihat seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Contohnya, jika individu tersebut telah membasuh tangan, kemudian dia tersentuh sesuatu yang kita nampak bersih tapi tidak padanya dan dia cepat-cepat mencuci semula tangannya.
“Ini adalah salah satu simptom yang mengaitkan dengan toksin berlebihan dalam tubuh individu tersebut.
“Selain itu, individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.
“ Ini kerana lymphatic system (sistem limfa) jika tidak berfungsi sepatutnya menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut,” katanya.
Buang toksin tidak sesuai untuk ibu mengandung
Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tidak dicadangkan membuang toksin, tetapi bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin.
Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak.
“Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan,” ujar Ng.
Cara ekstrem buang toksin
Menurut Ng, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus.
Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya.
“Cara ini agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.


Betapa pentingnya proses detox kepada kita.So,untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik,jom ramai-ramai  kita proses detox.Macam mana?Contact me now 0133397248

Sunday, April 24, 2011

Just try

Just try from google extension..
best! jgak

Minggu bestiessss +superb PBAKL

 Assalamualaikum.Sebenarnnya dari semalam lagi aku terkinja-kinja nak post entri kali ni.Sangat-sangat happy,excited,terharu dengan semalam.Syukur sangat pada Allah alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

SITI ROSMIZAH  
                              I LOVE U
hahaha!Nampak over gila aku.Perhatian!!Aku bukan lesbiah ok.
Semalam,disebabkan aku agak sedih sebab tak jadi balik kedah,then aku amik keputusan nak balik umah anak buah aku dekat KL.So,kawan aku ada bagitau dya nak pi PBAKL dekat PWTC.So,tunggu apa lagi.Aku pon join sekaki.Target aku awalnya nak cari DOCTOR IN THE HOUSE TUN DR MAHATHIR versi bahasa malaysia sebab ayah aku penah mention bulan lepas dia nak buku tu.So,sempena birthday dya baru-baru ni,aku fikir ni kot hadiah terbaik.Tapi,masa aku singgah dekat gedung MPH versi english je ada.So cancel even ada 10% discount.Next time ja lah beli tunggu versi bm dulu.So,duit dah ada tunggu nak cari buku ja nak beli.Jalan punya jalan satu buku pon aku tak minat.
Lupa nak pusing plak


Ika berbelah bahagi nak beli.Banyak sangat

Promosi!!

Sorry hehe

Borong paling laku sebab semua Korean ada kat sini.Wahhhh<3

Tiba-tiba roommate aku Ika tunjuk satu poster dekat aku.Lupa pulak nak tangkap gambar poster tu.
Poster gambar Siti Rosmizah.Rupa-rupanya Siti Rosmizah ada keluarkan novel baru.Tapi aku tak pernah tau.Pucuk dicita ulam mendatang tunggu apa lagi aku terus pergi booth tu.FUIYO!!banyak gila novel dya.Tajuk novel terbaru dya 7 Hari Mencintaiku.Aku terus amik tanpa baca sinopsis sebab bajett tau dah novel dya memang tak kan menyesal kalau aku beli.Tetiba sorang cashier bagitau good news yang Siti Rosmizah nak datang tapi pukul 2.30 petang.Aku terus tengok jam.Jam pukul 2.10 So cadang nak tunggu dia.Peluang bukan selalu datang.Member aku ajak pergi booth lain dulu sementara nak tunggu dia datang.So kami pon pergi lah ke booth karangkraf.Serius ada sale alaf 21 and buku prima.Haish kalau dekat Kedah memang serius aku borong habis-habis.Tu ayah aku selalu marah.So sebab nak jimat duit aku beli satu novel keluaran buku prima Kuih bawang dan Kopi O.Best kan tajuk dya.Unik gila.Sebab tu aku beli Hahahaha.Kalau ika dya beli novel kalau cover depan cantik,tapi kalau aku,aku tengok tajuk depan.So penulis-penulis novel di luar sana sila bagi cover novel anda cantik dan tajuk unik.Insya allah laku.Ceewah hahahha.
Kalau aku nak komen novel 7 Hari Mencintaiku cover dya memang sweet gila and tajuk pon agak unik.Tak kisah sebenarnya janji Siti Rosmizah tulis confirm best.Demi siti Rosmizah sanggup je.!!=P
Lepas lepak-lepas dekat booth karangkraf kitaorang terus pergi booth ekslusif popular sebab jam dah dekat 2.45 bajet siti rosmizah mesti dah sampai.Sebab apa booth ni nama ekslusif popular.Apa yang aku paham,booth ni khas untuk beberapa penulis and buku saja.Yang ada aina emir,siti rosmizah and apatah aku tak ingat.Buku yang ada pon tak sampai 10 buah sebab booth tu memang gila-gila khas untuk beberapa penulis saja.Sebab apa mereka terpilih?Sebab buku keluaran diorang saja yang meletup Contohnya Siti Rosmizah.Semua buku dia meletup especially novel pertama dia Andai itu takdirnya.Memang serius best gila.Aku bagi 10 daripada sepuluh.Yang novel lain pon best.Paling meletup yang aku tau yang pertama la.Dia siap dapat anugerah daripada berita harian lagi.
Kalau nak tau,Siti Rosmizah ni seorang lawyer awal-awalnya.Novel pertama yang dia tulis(Andai itu Takdirnya),ni merupakan mimpi beliau selama 3 malam berturut-turut.Atas sokongan family,dia menulis mimpi  beliau dan terhasillah novel tu.Memang serius best!!!Aku pon dah baca 7 Hari Mencintaiku.Memang best sebab kali ni novel tu lain daripada yang lain.Kalau selalu hero kaya kali ni dia buat hero orang biasa and heroin orang muflis.Hahahaha.Unik kan?Kalau nak tau lagi,sila beli insya allah tak rugi=P

Balik pasal Siti Rosmizah,semua fans dia kena tunggu dekat sejam setengah jugakk la sementara nak tunggu dia datang.Biasalah KL.Memang macam tu.Kalau target pukul 2 petang,pukul  1 kena keluar dah.Jammed!!
Kami fans Siti Rosmizah


Semua fans pakat tunggu!!

Banyak gila!!Hari pertama dipasarkan~~


Tapi,kira oklah at least dia datang jugak sebab sepatutnya dia datang hari Sabtu sempena pekancaran buku 7 Hari Mencintaiku.Kalau nak tau,buku tu tak ada jual dekat kedai-kedai lagitau.Sempena PBAKL,Siti Rosmizah pon lancarkan novel ke 4 beliau.So sapa-sapa yang berminat,sila pergi PBAKL ya.Kalau nak tunggu jual dekat popular mungkin ada nanti.Tapi cepat-cepat la.Takut habis.Aku tak tau nak kata kali ni novel dia berapa kali cetak.Kalau andai itu tardirnya,dekat 10 kali cetakan juga dalam setahun.Memang meletup.Family aku yang baca pon nangis-nangis,touching hahaaha

Alhamdulillah walaupun kena tunggu dekat sejam setengah,akhirnya Siti Rosmizah datang juga
Comel orangnya.Kecik aja.Serius suka sangat dengan dia.Tabik spring sebab dya pandai manage nak tulis novel dengan kerjaya sebagai lawyer.Sebab tu kadang-kadang dalam novel dia,mesti ada sikit-sikit kaitan pasal lawyer.Suka-suka .Hahaha
Setibanya beliau=)

=)



Khas~~ untuk Fatimah

Dear Fatimah,=)

Unbelieveble can standing beside her..=)


Habis pasal PBAKL.
Selepas saja pisah dengan ika dalam STAR,aku pon ambik Putra menuju stesen Jelatek.Alamatnya hujung minggu ni memang aku lepak dekat rumah anak buah aku ni la.Lagipun nak habiskan pembacaan aku lagi.
Paling aku tak boleh lupa time kena jaga anak diorang.SubhanaAllah aku mana pernah jaga baby selama ni.Memang aku elak betul-betul.Mungkin sebab aku bongsu.Hahahha.Aku ingat lagi time dia nangis,gelabah gila.Aku dah dukung dan tepuk-tepuk dya still nangis.Last kena call kak Su.Minta maaf sangat kak Su.Fail!!0 marrkah..=)
Time happy ok ja=)

Serius gelabah gila time ni..

time dngn ayah ok pulak..

So,hari Sabtu tu,aku dengan kak Su mulakan operassi menghasilkan sushi homemade.HAHAHA.
First time buat sushi,overall not bad.Ada jugak la rasa sushi cuma tak adalah sesedap sushi king.Gulung pon tak adalah perfect.Janji lepas jugak teringin nak makan sushi !!Aku pon tak tau sejak beberapa bulan ni asyik nak makan sushi aja.Minat gila dengan makanan negara matahari terbit tu.Mungkin dok layan cerita depa banyak sangat kot.=P
Nasi

beberapa cantik

sebelum gulung

ok la!!

macam lemang la pulak..=P

not bad

air ni aku reka.!!Kak su kata sedap..Yess!!


Kalau pergi rumah diorang,memang memanjakan diri ajalah.Makan lepak aja.Kak Su pulak satu kepala dengan aku.Aku pon tak pernah nak rasa segan.Anggap macam kakak aku aja sedangkan dia anak buah aku.Hahaha.Thanks kak Su.Nanti kita buat bisnes lagi tau.Mungkin lepas ni target kita nak buat steamboat pulak kan.??Hahahha.

So,duduk punya duduk dah nak balik cfsiium balik.Aku pon belanja lah diorang anak beranak makan dekat Johnny.Macam biasa layan steamboat.Memang kenyang sangat-sangat walaupun amik banyak sayur.Harga standard la.Lepas-lepak dekat jusco lepas makan apa salahnya kan?=P
sapa yang gila AF boleh lah datang sini sebab bebudak AF berlatih dekat sini.


Sementara tunggu Kak su N Lon shopping



So,overall best minggu ni dan yang paling the best!!Jumpa Siti Rosmizah.Nak jumpa lagi lah.Tak bersyukur betul aku ni.Terima kasih ya Allah sebab bagi saya jumpa dengan Siti Rosmizah walaupun tak pernah terfikir atau berangan nak jumpa dia.Tapi,Allah takdirkan dapat jumpa dia.To Siti Rosmizah,saya antara fans awak.Teruskan perjuangan bidang penulisan anda.Anda sangat berbakat.Lain dari yang lain.Hopefully,kita boleh jumpa lagi pada masa hadapan.Semoga anda sentiasa dirahmati Allah selalu.
Jom layan gambar lagi..
Ni la cucur bawang Kopi OOO


2 pun jadi la~~


Jom pi PBAKL

Trademark Herbalife

Herbalife round the world~~

No PROBLEM



Nota kaki
Jangan tengok parut jerawat dekat muka pls.Sebab sekarang tengah detox..
Sabar-sabar
O Allah,please give me a strength.
Amin.


Saturday, April 23, 2011

Mengada!!!

Hai assalamualaikum semua.Bajet ramai ja org baca blog aku.Tak pa naik lif tekan butang sendiri sekali sekala apa salahnya.Bebudak sekolah rendah jangan layan peribahasa tu!!Larangan sama sekali sebab nanti cikgu korang datang serang aku=P
Mengada gila aku sebab gedix nak tulis post kali ni.Tak da kena mengena sangat pon sebenarnya.Saja ja nak impress perasaan aku sebab sekarang tengah detox.OMG!!
Sabar ja la sekarang.Allah kan sayang hambanya yang bersabar kan=))
Semoga aku diberi kekuatan untuk menjalani proses detox sekarang ni.Ya Allah!!Pls give me a giant strength.Amin
Orang lain boleh sabar.Why not me?????

Bye my face//=((

Wednesday, April 20, 2011

oh myself

Sebenarnya perasaan sekarang macam-macam sangat berserabut.Tension,penat,otak jalan,depressed,emo,sedih,marah!!
Ya Allah permudahkanlah urusan kami YA Allah.Kami akan usaha sebaik yang mungkin untuk capai target bulan ni.Terima kasih kawan-kawan yang concern pasal diri aku.Insya Allah aku akan bahagi masa sebaik yang mungkin.My misi sangat-sangat penting.Bukan untuk orang lain.Aku buat bukan untuk diri aku.Aku buat untuk semua.Minta maaf kalau curi masa semua.
Tolong doakan kami berdua untuk capai target bulan ni.Hari ni dah masuk 20 haribulan.Boleh ka?Insya allah.Nak!!!!!!!!!!!!

Nota kaki-sedih sebab dah tunda nak balik rumah aka kedah  2 kali dah.Nak balik umah.=(

Tuesday, April 19, 2011

Tahniah hasmida





Assalamualaikum semua.Harap berada dalam keadaan sihat selalu .
Gambar kat atas memang gempak sangat-sangat.Ribuan tahniah aku ucapkan kepada saudari Hasmida kerana berjaya mengurangkan berat badan beliau dari 85 kg ke 67 kg dengan mengamalkan diet nutrisi dari Herbalife.Bukan saja dapat kurangkan lemak saja ,sebenarnya Hasmida ni ada masalah kesihatan yang lain juga

SEBELUM
Masalah period yang datang setahun sekali sahaja
Badan cepat letih dan tidak bertenaga
Jerawat belakang badan dan muka
Kuat makan dan gilakan ais

Selepas
Berat badan turun dari 85kg ke 67 kg
Period normal 
Kulit bertambah cantik dan licin
Badan bertambah ringan
Bertenaga

Alhamdulillah dengan mengamalkan nutrisi seimbang dari Herbalife beliau dapat berat badan yang diingini dan paling best badan reshape.Bagi sesiapa yang serius nak turunkan berat badan,naikkan berat badan anda dialu-alukan untuk contact saya sekarang.=)
SHARING IS CARING..=)

Selepas mengamalkan nutrisi herbalife




Monday, April 18, 2011

wowow

Assalamualaikum
Cakap pasal diet,semua orang akan kata yup i'm on diet.Tapi cara diet korang betul ka tak sebenarnya?Contoh paling senang aku dengar 'weh,aku tak amik nasi la,sedang diet sekarang!!'
Come on bebeh.Kalau korang tak makan nasi,macam mana badan korang nak bertenaga.Nasi kan sumber tenaga.Just kuantiti korang amik tu kenalah sesuai.

Contoh lain
'Weh,aku diet sekarang.Aku tak makan nasi,tapi amik roti.
Kalau yang ni aku dengar,memang aku bagi majalah i-health suruh korang baca!!Roti putih lagilah bahaya kalau korang sedang berdiet.

Mai aku tulis..Ini fakta..bukan aku yang reka
Roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran gandum.Ia kemudian akan menjalani proses penyulinganterlebih dahulu sebelum DIPUTIHKAN dengan agen peluntur KIMIA yang mengandungi KLORIN!!!Setelah itu,tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi ,sebelum gluten (sejenis bahan yang ditambah untuk membantu menghasilkan lebih udara dalam roti.
Metabolisma badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika prose penyulingan.Serat amat penting untuk membantu melancarkan proses pencernaan.MENGAWAL BERAT BADAN, mencegah risiko penyakit JANTUNG dan diabetes
Selain itu,menjadikan roti putih sebagai amalan menu diet anda amat-amat tidak sesuai.Kandungan karbohidrat yang TINGGI tidak mampu membantu anda mencapat BERAT BADAN IDEAL yang diimpikan.Kecekapan sistem pencernaan akan semakin BERKURANGAN dan ini menyebabkan LEMAK TERKUMPUL ,semakin lama semakin banyak lemak terkumpul dan menambahkan berat BADAN.

Petikan dari majalah I-Health

Ok sebenarnya aku nak mempekenalkan makanan super magic super cepat super khasiat.Macam orang panggil ABC kitaorang panggil 123.Makanan ni simple gila kalau bahasa overnya simple gila bangang!!
Tak sampai 2 minit sudah boleh makan.Especially sapa-sapa yang sangat busy dengan jadual seharian aku ambik contoj student.Kita bangun pagi,then nak bersiap ke kelas lagi,nak breakfast lagi.Contoh student suka makan nugget!!Helo sayang!!U bfast tak sihat!!Pagi-pagi sudah bagi minyak dalam badan.Macam mana nak sihat?Lepas tu mula kelam-kabut berat naik la,baju tak muat la.

So apa kata korang just amalkan nutrisi ni sahaja.Simple magic lagipun korang boleh lose weight at the same time.SENANG kan?Makan,kenyang,sihat,kurur and langsing!!WOWOWO sapa tak mau kan?


sedap kan?
Yang best tu siap ada 5 perisa lagi.Pilih aja nak chocolate(serius mcm dark chocoltae),cappucino,vanilla,strawberry and tropical fruit.Ikut selera korang.Setakat ni aku cakap cintan dengan chocolate flavour.Sedap sangat.Pagi-pagi bangun buat shake then boleh pergi kelas macam biasa.Kenyang sampai lunch.SubhanaAllah...
Pastu ada kawan-kawan tegur,'Eh,Fatimah ,ko makin kurus la sekarang apasal?Kitaorang badan makin naik,ko makin kurus?'
Inilah rahsianya!!Bukan aku sorang ja yang alami,malah berjuta-juta testimoni lain pon sudah berjaya.Serius aku tak tipu.
Masuk book of recod oo!!


















No problem.Asalkan korang serius!!Selain tu Herbalife ada juga outer nutrition.Apa kata korang tengok ni dulu


See!!Aku pon sekarang tengah guna .Alhamdulillah muka makin lembut .Lepas ni nak pakai soothing gel banyak-banyak bagi parut hilang Insya Allah.Wudhuk jangan lupa tau kawan-kawan..=)
So tunggu apa lagi.Contact me now..0133397248