Monday, May 30, 2011

download jom

http://sedutje.blogspot.com/2011/05/download-slot-akasia-tv3-nora-elena.html

download nora elena

Tuesday, May 10, 2011

I'm feel

Assalamualaikum.Hai semua.Sekarang aku diambang hujung short sem dekat cfsiium.Esok ada paper Math 3 yang mana antara subjek killer dekat sini.Agak susah  sincerely.Rasa penat sangat sekarang sedangkan esok nak exam.Penat dengan syllibus.Astaghfirullahhalazim.Tak baik aku cakap macam tu.Itukan ilmu Allah.Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku dan permudahkanlah urusan aku menjawab paper esok.Aku banyak menghilangkan diri semenjak ni.Silat pon aku ponteng 2 hari.Ada gathering pon aku tak join.Aku pon tak tau kenapa dengan diri aku sekrang.Aku banyak spent masa aku dalam bilik.Ceewah bajet study.hahaha..


Kepada member-member silat,aku minta maaf sangat dengan korang semua sebab kalau korang ada perjumpaan apa-apa aku jarang join.Sampai aku rasa aku dah lost sekarang ni.Aku cuma sampaikan salam dari jauh ja.Semua cadangan hampa aku sokong ja.Pasal taaruf week nanti kita pulun sama-sama k.

Tapi benda yang aku rasa sekarang paling kurang sebab shake herbalife aku dah habis.Padan muka aku sapa suruh tak beli awal-aawal.Last-last baru kelam-kabut nak beli.Selalunya,makanan aku senang aja.Bangun pagi bfast dengan shake.Tak payah fikir jauh-jauh nak makan apa.Paling terasa petang malam semalam.Time tu aku br bgn tidur sebab penat buat latihan math,bangun-bangun perut rasa lapar gila!!Kalau ada makana apa depan aku,memang aku telan aja.Serius!!Nafsu makan aku memang kuat.Serta merta aku teringat shake herbalife.Alangkah indahnya kalau aku ada shake herbalife.Sudahla sedap.Minum banyak pon tak pa.Badan lagi sihat.Rendah kalori sebab aku kan nak lose weight.Tapi!!

Shake aku dah habis.Waaa rasa nak nangis aja.Macam baby yang susu habis.Ha macam tu la.Kalau baby nangis,mesti mak dya kelam kabut pi cari susu.Kalau aku nangis sapa nak bagi aku makanan.Nak balik rumah?Rumah dekat Kedah.Nak call ayah aku,sat g buat dya lagi pening kepala dengan masalah sebesar kuman.Aku bukan tak suka pi cari makanan dekat cafe bawah,tapi style aku ni bila nak pergi beli makanan,terus otak aku tak dapat interpret nak makan apa.Sebab tu kadang-kadang aku pi kedai dengan niat nak makan mee goreng,tapi last-last aku beli nasi goreng.Aku pon tak paham dengan perangai aku yang tak dapat interpret bila dekat kedai.

So moral of the story,make sure shake sentiasa berada bersama-sama dengan aku.Aku perlukan energy sekarang please..Shake!!Really miss u.Kata orang benda yang tak ada depan mata,baru kita nak hargai kan?
Ok Fatimah!!Sudah-sudah la merapu.Pi sambung study Math 3..Daaa

I reaalllly miss this right now!!Please come back to me

Sunday, May 8, 2011

Diet Cara Rasulullah..jom kita cuba amalkan

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit


KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.
Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang."
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

Pertubuhan Jantung Amerika Syarikat menyarankan, semua kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.

Daripada Aisyah, "Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya." (Hadis riwayat Bukhari ).

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.

Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya." (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.

Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.

Firman Allah bermaksud: "Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu." (Surah Maryam, ayat 25)

Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: "Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak."

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras." (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: "Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan."

Ultraman (lagu hari guru) mp4



Video ni aku terjumpa semasa tengah layan youtube.com tadi.Boleh juga layan sebab sekarang aku agak sedikit stress dengan Math 3.Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu

Saturday, May 7, 2011

Yes akhirnya

Teruknya aku baru jumpa satu cara baru yang macam boleh tagged tapi ni dekat blogspot.
Tadi aku tetiba boleh layan satu lagu ni hasil membaca dekat satu blog.Rupa-rupanya lagu tu adalah hadis Rasulullah SAW.Jom hayati salah satu lagu ni

Relax study math 3

Berehat kejap selepas pening kepala belajar Math 3 aka mini calculus.
Terpikat dengan satu ayat-ayat cinta ni.Bukan sebarang ayat cinta tau.



Diwajibkan atas kamu berperang,padahal ia tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
                                                                                                                                          2:216



Selamat menghayati.Jom study

Aku kuat shopping?

  Assalamualaikum.Hai apa khabar?
Semalam hari kek pisang sebab semua roommate aku,aku paksa diorang makan kek pisang yang cousin aku buat untuk jual.Tapi,atas sebab-sebab tertentu aku paksa diorang makan sampai habis.Kenyang Butaaa!!!Loghat kelantan~~
Pepagi tadi Shiha ajak aku teman dia pergi Stesen Putra sebab dya nak beli tiket balik Kelantan memandangkan mggu ni mggu last kami untuk short sem dekat Cfsiium.Kena beli tiket awal sebab sekarang musim budak u cuti.Kalau tak mampus la~~Aku pun belum beli lagi sebab kalau aku nak beli,better aku beli dekat Stesen Duta.
So,aku pon teman dya sebab dya nak cari de sara aku pulak nak cari revlis aloe vera gel.Harap-harap ada lah jual.Tapi sebab malas,aku berpecah dengan shiha dekat Masjid Jamek.Dia pergi beli tiket sorang.Hahaha
Sementara nak tggu shiha pergi beli tiket,aku terus pegi cari de sara dgn aloe gel dekat masjid jamek.Semua stokis kedai dari awal sampai hujung aku cari~~Tapi!!Semua tak da!!^_^
Biar betul!!Dalam banyak-banyak produk,2 produk ni memang x da!!*_*
Penat cari last-last kami cuci mata.Sudahla ramai gila orang .Macam tak biasa aja.Masjid Jamek tu mana pernah tak ada orang.Situlah tempat orang yang gila tudung and baju.Tapi majoriti tudung la.Habaq mai tudung pa nak cari,semua ada.Harga pon boleh tahan and insya allah boleh diskaun!!
Tapi hari bukan hari nak beli tudung ok.Aku hanya nak beli aloe gel.Tapi last-last aku boleh tersangkut nak beli 4 benda  ni~~


 


Daripada cadang nak beli benda ni

Kalau beli baju batik dengan beg sekolah tu oklah juga sebab berbaloi.Baju batik tu sebagai ganti hadiah yang aku janji nak beli doctor in the house dekat ayah.Ganti baju batikla.Beg sekolah tu memang aku rasa berbaloi sebab daripada aku janji nak beli helikopter mainan kat anak buah aku,baik aku beli benda yang berfaedah ni dekat dia.At least,lepas ni dia lagi semangat nak pergi sekolah.Hahaha.
Pasal dua beg lagi tu no comment.Hahaha.Memang tersangkut.Kecoh la aku ni.Habis rm 150 macam habis 1500 ja!!*_*
Apapon aku jarang shopping ok.Sekian..
Jom study untuk final pulak~~
Jom balik kedah~~yeay!!


Thursday, May 5, 2011

Aku

Assalamualaikum.
Bersawang lipan betul blog aku sebab agak lama tak dapat nak update.
1.Lupa bayar broadband
2.Busy sebab mggu last untuk short sem
Tu antara sebab aku tak boleh nak online.Facebook pon online kejap-kejap aja sebab pinjam broadband roommate aku.Aku lupa nak bayar broadband sebenarnya.Eh bukan aku abang aku.Yalah selama ni aku mana pernah bayar,asyik suruh dia aja.Itulah gunanya abang.Harap-harap abang aku tak baca.=)
Tak kisah sebenarnya kalau dia tak bayar broadband pon.Boleh aku fokus study.Serius minggu ni memang sangat-sangat sibuk.Memandangkan minggu ni last short sem,dengan lecturer ajar agak laju sebab nak habiskan syllibus nasib paham memang agak hectic walaupun aku hanya abik Math 3 sahaja short sem ni.Nama pon 'short sem' so semuanya agak kelam kabut.Alhamdulillah setiap kejadian ada hikmah.Sebab masa awal-awal sem dulu aku minta Math 3 dengan Religious in Malaysia.Tapi dapat Math 3 aja.So no problem.Belajar ja la Math 3 pon.Rupa-rupanya Allah tau kemampuan hambanya.Mungkin kalau aku dapat ambik RIM sekali mesti aku lagi gila.Belajar Math 3 pon dah macam tongkang pecah tambah RIM lagila.Alhamdulillah terima kasih Allah.
So semua reason-reasons dekat atas memang berkaitan!Sebenarnya aku baru habis kuiz sebentar tadi.Alhamdulillah tawakal ja la.Pulun untuk final pulak next week ok.Semoga dapat A.Ameen ya Allah.
Doakan kejayaan aku semua mendapat A dalam Math 3.Tak salah kita berimpian sebab impian tu yang akan mendorong kita ke arah kejayaan.Ok bye.Salam~~





Wednesday, April 27, 2011

Ketenangan yang dirindui

Assalamualaikum semua.Apa khabar kalian?
Hua-hua tajuk post aku kali ni bukan main lagi.Ketenangan yang dirindui.Serius aku bukan nak jiwang ok.Sejak dua menjak ni,hidup tenang cuma tak setenang macam dulu.Tekanan daripada banyak pihak kadang-kadang buat kita jadi stress.Tapi balik kepada lumrah kehidupan,mana ada hidup manusia yang perfect bukankah begitu?
Sejak dua menjak aku rasa macam dapat satu feeling yang agak luar biasa.Serius ketenangan yang amat aku rindui alhamdulillah sedang kembali.Nak tau apa?
SOLAT BERJEMAAH
Hanya orang yang solat berjemaah saja tau feeling kemanisan solat berjemaah.Aku bukan nak kata kalau sembahyang seorang tak perfect,just kalau kita sembahyang berjemaah dan makmum yang ramai dalam 20 orang.SUBHANAALLAH.Rasa macam nak menangis aja.Serius aku rindu ketenangan semasa belajar dekat SMKAK dahulu.Boleh katakan 5 waktu tu semua solat berjemaah.Walaupun tak dapat imam pertama,imam lain pon ok sahaja.Ketenangan tu yang sangat-sangat aku rindu.Rasa syahdu gila.
Semalam ketika ada event silat,bebudak silat pon turun sembahyang jemaah.Serius aku rindu gila waktu sembahyang berjemaah semasa dekat SMKAK.Walaupun nakal sedikit,kami tetap sembahyang berjemaah.Sembahyang kan dapat mencegah kemungkaran.Alhamdulillah.Rindu semasa ustadz-ustadz dekat SMKAK turun padang untuk sembahyang berjemaah dekat surau.Especially Ustadz Affendi.Suara yang merdu bertambah dengan tarannum serta lancar dan jelas memang sangat-sangat best.Aku malam nak tulis banyak-banyak kebaikan solat berjemaah.Kalau aku tulis memang panjang lebar lah.Tapi satu yang aku tekankan semangat bersatu padu dan kemanisan tersendiri.Kalau orang selalu kata kemanisan iman,tetapi solat berjemaah pon ada kemanisan tersendiri.Inilah Allah berikan kepada hamba-hambanya.Aku bukanlah budak yang baik kalau nak bercerita panjang lebar.Aku pon masih banyak lubang-lubang yang perlu dibaiki.Sama-samalah kita bertegur sekiranya kita melakukan kesalahan.Mana ada manusia yang perfect.
Setakat ini saja aku nak tulis.Banyak jugak sebenarnya nak tulis tapi sekarang ni aku terpaksa turun untuk training silat.=)
Seandainya aku ada membuat sebarang kesalahan,aku sangat-sangat mengalukan orang untuk menegur kesilapan aku yang hina ini.Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Nota kaki
*rindu SMKAK
*sedap gila f1 strawberry.Serius aku tak tipu.Rasa macam susu dutch lady strawberry.Dah la sihat ,siap cukup nutrisi untuk badan aku lagi.(tetiba ja tukar tajuk..=P)

Betapa bersatunya umat islam apabila melakukan solat berjemaah..=)


Formula 1 Strawberry

inilah contohnya.Waa sedap serius!!

Monday, April 25, 2011

Betapa pentingnya detoxification

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.
Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.
Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.
Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.
Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.
Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.
Bertemu dengan Pengurus Produk Juvanex di Cambert (M) Sdn. Bhd., Gracia Ng, menemukan pelbagai skop tentang kebaikan buang toksin dan cara-caranya.
Beliau yang juga seorang ahli farmasi berpengalaman, menerangkan bahawa secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.
Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Ng menerangkan, simptom di atas hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.
“Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Ng, toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.
Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.
“Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.
“Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,” ujar Ng.
Rutin pembuangan air besar terganggu
Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang norma.
“Pengalaman saya sebagai seorang ahli farmasi, wanita lebih kerap mengalami masalah pembuangan air besar. Ada kes seorang wanita yang hanya membuang air besar seminggu sekali.
“Sebenarnya masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus.
“Sebenarnya, sebarang pengambilan ubat untuk kurus yang melawaskan pembuangan air besar akan menyebabkan gangguan pada rutin pembuangan air lebih-lebih lagi apabila mereka menghentikan pengambilan tersebut. Mereka ini akan terdedah kepada penyakit sembelit,” cerita Ng berdasarkan pengalamannya.
Jelasnya, proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.
“Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku. Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin.
“Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan,” katanya.
Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan,” jelas Ng.
Tanda-tanda seseorang
itu banyak toksin
Menurut Gracia, seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
“Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.
“Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.”
Toksin berlebihan mempengaruhi emosi
Ng yang turut membuat pemerhatian mendalam tentang proses nyah toksin mendapati, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga.
“Kita mungkin pernah terserempak atau melihat seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Contohnya, jika individu tersebut telah membasuh tangan, kemudian dia tersentuh sesuatu yang kita nampak bersih tapi tidak padanya dan dia cepat-cepat mencuci semula tangannya.
“Ini adalah salah satu simptom yang mengaitkan dengan toksin berlebihan dalam tubuh individu tersebut.
“Selain itu, individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.
“ Ini kerana lymphatic system (sistem limfa) jika tidak berfungsi sepatutnya menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut,” katanya.
Buang toksin tidak sesuai untuk ibu mengandung
Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tidak dicadangkan membuang toksin, tetapi bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin.
Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak.
“Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan,” ujar Ng.
Cara ekstrem buang toksin
Menurut Ng, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus.
Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya.
“Cara ini agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.


Betapa pentingnya proses detox kepada kita.So,untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik,jom ramai-ramai  kita proses detox.Macam mana?Contact me now 0133397248

Sunday, April 24, 2011

Just try

Just try from google extension..
best! jgak

Minggu bestiessss +superb PBAKL

 Assalamualaikum.Sebenarnnya dari semalam lagi aku terkinja-kinja nak post entri kali ni.Sangat-sangat happy,excited,terharu dengan semalam.Syukur sangat pada Allah alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

SITI ROSMIZAH  
                              I LOVE U
hahaha!Nampak over gila aku.Perhatian!!Aku bukan lesbiah ok.
Semalam,disebabkan aku agak sedih sebab tak jadi balik kedah,then aku amik keputusan nak balik umah anak buah aku dekat KL.So,kawan aku ada bagitau dya nak pi PBAKL dekat PWTC.So,tunggu apa lagi.Aku pon join sekaki.Target aku awalnya nak cari DOCTOR IN THE HOUSE TUN DR MAHATHIR versi bahasa malaysia sebab ayah aku penah mention bulan lepas dia nak buku tu.So,sempena birthday dya baru-baru ni,aku fikir ni kot hadiah terbaik.Tapi,masa aku singgah dekat gedung MPH versi english je ada.So cancel even ada 10% discount.Next time ja lah beli tunggu versi bm dulu.So,duit dah ada tunggu nak cari buku ja nak beli.Jalan punya jalan satu buku pon aku tak minat.
Lupa nak pusing plak


Ika berbelah bahagi nak beli.Banyak sangat

Promosi!!

Sorry hehe

Borong paling laku sebab semua Korean ada kat sini.Wahhhh<3

Tiba-tiba roommate aku Ika tunjuk satu poster dekat aku.Lupa pulak nak tangkap gambar poster tu.
Poster gambar Siti Rosmizah.Rupa-rupanya Siti Rosmizah ada keluarkan novel baru.Tapi aku tak pernah tau.Pucuk dicita ulam mendatang tunggu apa lagi aku terus pergi booth tu.FUIYO!!banyak gila novel dya.Tajuk novel terbaru dya 7 Hari Mencintaiku.Aku terus amik tanpa baca sinopsis sebab bajett tau dah novel dya memang tak kan menyesal kalau aku beli.Tetiba sorang cashier bagitau good news yang Siti Rosmizah nak datang tapi pukul 2.30 petang.Aku terus tengok jam.Jam pukul 2.10 So cadang nak tunggu dia.Peluang bukan selalu datang.Member aku ajak pergi booth lain dulu sementara nak tunggu dia datang.So kami pon pergi lah ke booth karangkraf.Serius ada sale alaf 21 and buku prima.Haish kalau dekat Kedah memang serius aku borong habis-habis.Tu ayah aku selalu marah.So sebab nak jimat duit aku beli satu novel keluaran buku prima Kuih bawang dan Kopi O.Best kan tajuk dya.Unik gila.Sebab tu aku beli Hahahaha.Kalau ika dya beli novel kalau cover depan cantik,tapi kalau aku,aku tengok tajuk depan.So penulis-penulis novel di luar sana sila bagi cover novel anda cantik dan tajuk unik.Insya allah laku.Ceewah hahahha.
Kalau aku nak komen novel 7 Hari Mencintaiku cover dya memang sweet gila and tajuk pon agak unik.Tak kisah sebenarnya janji Siti Rosmizah tulis confirm best.Demi siti Rosmizah sanggup je.!!=P
Lepas lepak-lepas dekat booth karangkraf kitaorang terus pergi booth ekslusif popular sebab jam dah dekat 2.45 bajet siti rosmizah mesti dah sampai.Sebab apa booth ni nama ekslusif popular.Apa yang aku paham,booth ni khas untuk beberapa penulis and buku saja.Yang ada aina emir,siti rosmizah and apatah aku tak ingat.Buku yang ada pon tak sampai 10 buah sebab booth tu memang gila-gila khas untuk beberapa penulis saja.Sebab apa mereka terpilih?Sebab buku keluaran diorang saja yang meletup Contohnya Siti Rosmizah.Semua buku dia meletup especially novel pertama dia Andai itu takdirnya.Memang serius best gila.Aku bagi 10 daripada sepuluh.Yang novel lain pon best.Paling meletup yang aku tau yang pertama la.Dia siap dapat anugerah daripada berita harian lagi.
Kalau nak tau,Siti Rosmizah ni seorang lawyer awal-awalnya.Novel pertama yang dia tulis(Andai itu Takdirnya),ni merupakan mimpi beliau selama 3 malam berturut-turut.Atas sokongan family,dia menulis mimpi  beliau dan terhasillah novel tu.Memang serius best!!!Aku pon dah baca 7 Hari Mencintaiku.Memang best sebab kali ni novel tu lain daripada yang lain.Kalau selalu hero kaya kali ni dia buat hero orang biasa and heroin orang muflis.Hahahaha.Unik kan?Kalau nak tau lagi,sila beli insya allah tak rugi=P

Balik pasal Siti Rosmizah,semua fans dia kena tunggu dekat sejam setengah jugakk la sementara nak tunggu dia datang.Biasalah KL.Memang macam tu.Kalau target pukul 2 petang,pukul  1 kena keluar dah.Jammed!!
Kami fans Siti Rosmizah


Semua fans pakat tunggu!!

Banyak gila!!Hari pertama dipasarkan~~


Tapi,kira oklah at least dia datang jugak sebab sepatutnya dia datang hari Sabtu sempena pekancaran buku 7 Hari Mencintaiku.Kalau nak tau,buku tu tak ada jual dekat kedai-kedai lagitau.Sempena PBAKL,Siti Rosmizah pon lancarkan novel ke 4 beliau.So sapa-sapa yang berminat,sila pergi PBAKL ya.Kalau nak tunggu jual dekat popular mungkin ada nanti.Tapi cepat-cepat la.Takut habis.Aku tak tau nak kata kali ni novel dia berapa kali cetak.Kalau andai itu tardirnya,dekat 10 kali cetakan juga dalam setahun.Memang meletup.Family aku yang baca pon nangis-nangis,touching hahaaha

Alhamdulillah walaupun kena tunggu dekat sejam setengah,akhirnya Siti Rosmizah datang juga
Comel orangnya.Kecik aja.Serius suka sangat dengan dia.Tabik spring sebab dya pandai manage nak tulis novel dengan kerjaya sebagai lawyer.Sebab tu kadang-kadang dalam novel dia,mesti ada sikit-sikit kaitan pasal lawyer.Suka-suka .Hahaha
Setibanya beliau=)

=)



Khas~~ untuk Fatimah

Dear Fatimah,=)

Unbelieveble can standing beside her..=)


Habis pasal PBAKL.
Selepas saja pisah dengan ika dalam STAR,aku pon ambik Putra menuju stesen Jelatek.Alamatnya hujung minggu ni memang aku lepak dekat rumah anak buah aku ni la.Lagipun nak habiskan pembacaan aku lagi.
Paling aku tak boleh lupa time kena jaga anak diorang.SubhanaAllah aku mana pernah jaga baby selama ni.Memang aku elak betul-betul.Mungkin sebab aku bongsu.Hahahha.Aku ingat lagi time dia nangis,gelabah gila.Aku dah dukung dan tepuk-tepuk dya still nangis.Last kena call kak Su.Minta maaf sangat kak Su.Fail!!0 marrkah..=)
Time happy ok ja=)

Serius gelabah gila time ni..

time dngn ayah ok pulak..

So,hari Sabtu tu,aku dengan kak Su mulakan operassi menghasilkan sushi homemade.HAHAHA.
First time buat sushi,overall not bad.Ada jugak la rasa sushi cuma tak adalah sesedap sushi king.Gulung pon tak adalah perfect.Janji lepas jugak teringin nak makan sushi !!Aku pon tak tau sejak beberapa bulan ni asyik nak makan sushi aja.Minat gila dengan makanan negara matahari terbit tu.Mungkin dok layan cerita depa banyak sangat kot.=P
Nasi

beberapa cantik

sebelum gulung

ok la!!

macam lemang la pulak..=P

not bad

air ni aku reka.!!Kak su kata sedap..Yess!!


Kalau pergi rumah diorang,memang memanjakan diri ajalah.Makan lepak aja.Kak Su pulak satu kepala dengan aku.Aku pon tak pernah nak rasa segan.Anggap macam kakak aku aja sedangkan dia anak buah aku.Hahaha.Thanks kak Su.Nanti kita buat bisnes lagi tau.Mungkin lepas ni target kita nak buat steamboat pulak kan.??Hahahha.

So,duduk punya duduk dah nak balik cfsiium balik.Aku pon belanja lah diorang anak beranak makan dekat Johnny.Macam biasa layan steamboat.Memang kenyang sangat-sangat walaupun amik banyak sayur.Harga standard la.Lepas-lepak dekat jusco lepas makan apa salahnya kan?=P
sapa yang gila AF boleh lah datang sini sebab bebudak AF berlatih dekat sini.


Sementara tunggu Kak su N Lon shopping



So,overall best minggu ni dan yang paling the best!!Jumpa Siti Rosmizah.Nak jumpa lagi lah.Tak bersyukur betul aku ni.Terima kasih ya Allah sebab bagi saya jumpa dengan Siti Rosmizah walaupun tak pernah terfikir atau berangan nak jumpa dia.Tapi,Allah takdirkan dapat jumpa dia.To Siti Rosmizah,saya antara fans awak.Teruskan perjuangan bidang penulisan anda.Anda sangat berbakat.Lain dari yang lain.Hopefully,kita boleh jumpa lagi pada masa hadapan.Semoga anda sentiasa dirahmati Allah selalu.
Jom layan gambar lagi..
Ni la cucur bawang Kopi OOO


2 pun jadi la~~


Jom pi PBAKL

Trademark Herbalife

Herbalife round the world~~

No PROBLEM



Nota kaki
Jangan tengok parut jerawat dekat muka pls.Sebab sekarang tengah detox..
Sabar-sabar
O Allah,please give me a strength.
Amin.