Thursday, March 31, 2011

Badminton Gathering Gang Silat Siri Pertama

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar korang ?Especially kawan-kawan gang silat,yang lain pon sama ja.Minta maaf sangat sebab aku lambat update pasal benda ni especially mereka yang terlibat dalam gambar ni.Habis ja maghrib tadi,aku rasa penat gila and terus tidur.Tak boleh nak fikir apa-apa.Abang aku call tadi pon aku tak ingat aku cakap apa dengan dia.Esok lah aku call dia lain.Teruk sungguh aku.

Ok seperti yang dijanji ini adalah badminton gathering gang silat siri pertama.Yang terlibat hanyalah perempuan sahaja ya.Ini pon asalnya tidak dirancang.Buat secara terkejut saja.Alhamdulillah anyway memang happy walaupun kita main tak sampai satu jam sebab terlepak dekat kedai tudung hahahahha.

Rasa ukhuwah dengan korang semua makin rapat .Korang memang best and superb k guys.Asalnya diorang ajak aku pillow talk dengan diorang,tapi memandangkan aku ada kelas pukul 8 pagi esok minta maaf ja lah ya.Lain kali kita cari masa yang lagi sesuai ok.
Aku rasa nak cakap panjang buat penat saja.=)(Alasan).Biarlah gambar yang berbicara.Bye .Have a nice day.Assalamualaikum.

comel-comel gitu

concentrate gila especially sofea

we are the winner

mana bola?

azimah!!!!!

ada gaya lee chong wei x ?

sabar menunggu .


we are healthy

kaki siapakah?



azimah yang comel.Buat fashion nk?

2-2 comel


healthy2!!



walaupun terlewat.....

First gathering

*Aku rasa kita boleh buat kelas fashion la beb berdasarkan gambar-gambar dekat atas.
*Minta maaf aku x upload dekat fb,kalau korang nak nanti aku upload ok.
*Nanti kita main lagi ok.

Tuesday, March 29, 2011

Pesta buku bukan pesta malam

Jom-jom pi pesta buku 22/4-1/5
Nak cari buku apa?Insya allah semua ada.Siap ada diskaun lagi.Sapa suka baca novel ka,motivasi ka,sedang cari buku rujukan ka,semualah anda dialu-alukan pergi.Jom-jom..
Kita kan nak menjadi bangsa yang suka membaca!!Bila lagi kan?

Oh! Look What Muslims Did | Hard To Swallow Truth |

Assalamualaikum semua.Apa khabar diri kita?Apa khabar iman kita harini?
Walaupun diri aku ni tidaklah sebaik,tapi aku macam tersedar selepas melihat video ni.
Dulu aku selalu kata malas lah nak belajar.Susah.Siapalah yang reka-reka semua formula ni?
Macam manalah diorang fikir sampai boleh hasilkan soalan yang susah ni.?
Ni bagi soalan mathematics.Dulu waktu sekolah menengah soalan ni semua berlegar waktu belajar additional mathematics. Sekarang bila dah masuk foundation aku tujukan soalan ni dekat Math 3.


Kalau time belajar biology(subjek aku tak suka)

          'Haih!!Kenapa kena belajar biology?Menyusahkan orang saja nak belajar subjek lain?Bagi sapa  nak jadi doctor saje la belajar.Aku bukan nak jadi doktor.Susah saja...!!'

Tapi,kita terlupa especially aku,ilmu ni dari siapa.Siapa kita layak nak kata macam tu.Sepatutnya aku kena belajar sebab semua ilmu penting.Tengok walaupun aku tak belajar biology dah bila masuk foundation,aku tau lembu ada 4 perut(aku hafal)hahaha..

Aku tau sistem pernafasan manusia.Aku tau struktur jantung.So kesimpulannya,jangan salahkan ilmu,salahkan diri kita(especially aku) betulkan nawaitu..
Jom tengok video ni.Kasi insaf sikit diri kita...



Monday, March 28, 2011

First Transformation

Di atas permintaan beberapa orang yang suruh aku letakkan gambar terbaru selepas guna Herbalife akan aku penuhi.Gambar ni aku baru tangkap tadi ja.Sebenarnya aku malas nak letak gambar lagi sebab aku nak bagi capai berat yang aku nak iaitu 60 kg.Nampaknya aku kena usaha lagi .Iya lagi 10 kg.Caiyok Fatimah!!!

Sebenarnya aku menyesal sebab bulan pertama aku tak buat betul-betul asyik main-main ja.Kalau tengok dekat blog aku ni,our relationship harini sudah masuk 4 bulan.Tapi sebenarnya bulan pertama tu aku main-main.
Masuk bulan kedua baru aku buat betul2.So,kiranya aku berjaya menghilangkan 9 kg dalam 3 bulan.
Lambat tak apa janji selamat dan berkesan.
Malas nak cakap panjang..Jom layan...

Ni gambar sebelum iaitu 79 kg..






Jom tgk selepas 3 bulan...Tadaaaaaaa!!!






Sebenarnya malu gak nak letak gambar ni.Tapi demi kawan-kawan no prob...=)
Doakan aku untuk 10 kg g k!!!
Ayuh contact sy tanya macam mana..0133397248
Ayuh amalkan hidup sihat

Sunday, March 27, 2011

oh SS

bukan Syok Sendiri tau,
SS tu short semmester la.

Short sem ni adalah pilihan pelajar sama ada nak ambil ataupun tidak.Macam aku budak Science Physical,kalau tengok pada modul aku,aku memang tak ada short sem.Tapi disebabkan sem lepas aku kena repeat paper bi,so aku pergi jumpa advisor untuk remodule.Aku minta short sem sebab takut tak boleh exempted bi pada hujung sem.Alhamdulillah dah exempted.So,MUET pula menanti hujung tahun nanti.

Short sem kali ini aku minta subjek Math 3.Math 3 sah-sahlah kesinambungan Math 1 and Math 2.Ramai member-member aku tanya 'amacam math 3,susah tak?'
Setakat ni no comment.Sebab aku tak habis lagi belajar dan belum lagi quiz,exam telah lagi...
Tapi serius short sem boring sangat.Sehari 2 jam ja kelas.Lain-lain lepak saja dekat bilik.Nasib la aku masuk silat dan join Herbalife,boleh la aku isi masa aku ke arah benda tu.

Harap-harap walaupun aku hanya ambik Math 3 dalam short sem ni,aku tak akan lalai dengan kelapangan masa yang Allah berikan pada aku.Semoga aku dapat mencapai keputusan secemerlangan yang boleh.
AMIN YA ALLAH.
Berkatilah ilmu yang telah ku pelajari.

Detoxification

Apa itu detoxification?
Mesti ramai tertanya-tanya apa itu detoxification.Mungkin sebelum ni pernah dengar,tapi tak pernah nak ambil tahu.
Detox adalah proses membuang toksik dari badan kita.Toksik ni datang dari mana?Sebenarnya toksik-toksik ni datang daripada makanan seharian kita,udara yang kita sedut setiap hari dan sebagainya.Aku ambil contoh paling senang.Makanan.
Seperti kita tahu makanan amat penting untuk kita.Terutama kita rakyat Malaysia yang sering digelar syurga makanan.Bagitau sajalah nak makan apa masakan cina,india,timur tengah semuanya senang saja nak cari.Tapi,kita tak pernah terfikir makanan yang kita makan tu ada banyak toksik.Aku bukannya nak kata tak boleh makan.Kita still boleh makan tapi janganlah sampai lupa diri dan jangan lupa detox.Macam mana nak detox? 
Nanti aku cerita pada hujung post.


Cuba kita tengok diri kita sekarang.Kita pernah tak alami cirit-birit,masalah sembelit,keletihan,sakit kepala,mata menjadi kusan,kulit bermasalah,berbintik,sakit otot,masalah saraf,nafas berbau,keletihan.Mesti salah satu akan ada juga dekat kita bukan?
Jika ada,kita sudah pasti memerlukan proses detoxification untuk membersihkan usus kita.


Dr.Bernard Jensen,Pd.D telah menekankan tentang kepentingan usus yang sihat.Menurut beliau,


"Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila
usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti
dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan
."

Pembersihan usus yang sempurna amatlah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang,kesihatan yang bertambah baik dan 
bertenaga.
Lebih lama badan kita terdedah kepada toksik,lebih besar pembentukan penyakit.

Mencegah LEBIH BAIK dari merawat.

Dengan penggunaan teamix herbalife dapat membantu kita untuk detox.Salah satunya mengandungi antioksida untuk mebersihkan dalaman badan.Selainnya boleh baca di bahagian tepi blog.=)

Saturday, March 26, 2011

Latihan Gen-H pertama dekat Malaysia

Salam korang!!!
Boring gak ambil short sem walaupun aku ambik subjek killer math 3 sebab sehari hanya 2 jam je kelas .Lain-lain lepak kat bilik .Tiap-tiap hari merapu dgn roommate,buat kerja gila,online.Sampai kawan aku kata bila dia online saja mesti nampak aku online.Hahaha.

Nak buat tutorial math.Tapi aku tak pi ambik lagi dekat bilik madam.Esok insya allah.
Malam ni rehat-rehat dulu melepaskan kepenatan penat dari semalam hingga tengah hari tadi.Wow kenapa aku busy.?Sebab ak suka busy.Bila ak busy aku lagi menghargai masa.Ceewah!!

Hujung minggu insya allah aku akan busy lagi dengan menghadiri event herbalife yang berikutnya.
Kali ini Sabtu dan Ahad full.Hari Sabtu ni ada latihan Gen-H ,HOM .
Mai ak cerita serba sedikit.

Tarikh-Sabtu,2 April 2011
Tempat-Manhattan Ballroom 2 ,Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Gen-H HOM
Masa-1 pm-2 pm
Kelayakan-Terbuka kepada semua pengedar Herbalife dan Tetamu

Latihan Gen-H
Masa-3pm-6pm
Kelayakan-Terbuka kepada semua pengedar Herbalife

Parti Koktel
Masa-7pm-9pm

Aku lepas dengar kak Wani dengan Abang Naza dok sembang pasal Gen-H terus ak bagi duit beli tiket tanpa ragu-ragu.We need to learn.HOW????
By attenting event!!!
Kalau tanya senior-senior herbalife macam mana nak berjaya senang ja.Attend event.Serious memang betul.Aku selalu down semangat.Tapi bila ak attent event,aku jadi lagi semangat dan nak berjaya.Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambaMu ini...

Kalau tgk jadual tu event habis malam.So aku cadang,ak x jadi balik Uia kot lepas habis event.So,ak nak bermalam dekat umah cousin aku sebab hari Ahad tu ada event lagi iaitu Mega Hom dan STS.
Nampaknya 2 hari ak berkhemah dekat Times Square la jawapannya.
Sebenarnya,aku sedih sebab tak dapat attentd big event EXTRAVAGANZA BANGKOK bulan 5 ni sebab parent aku tak bagi.Dah la aku bongsu,sah-sah tak dapat punya.Herbalife pon diorang tak bagi buat pada  awal-awalnya.Tapi lepas pujukan aku yang tak henti-henti,akhirnya ALLAH lembutkan hati ayah aku.Ayah siap bagi syarat lagi .Boleh buat HERBALIFE janji result setiap sem mesti 3.5 ke atas.Insya Allah i'll try the best.Bila kita nak,kita mesti usaha sampai dapat.
Kalau kita gagal tapi selepas usaha,jgn mudah putus asa.Mesti ada hikmah sebalik kejadian.

Nampaknya,idea sudah hilang,maka tibalah masa aku untuk menghilang.
Bye!!

bowling 3 game+ Gen-H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!Have u had your shake today guys?
Actually penat main bowling semalam dengan team silat masih bersisa.Mau taknya,3 game set!!Mak ai,x pernah ak main sampai 3 set game.Selalunya aku main pon satu game saja.Tapi best sebab kami enjoy.Dahla pi main dekat The Curve macam tak dak tempat lagi jauh ja dari PJ ni.Hahahaha

Balik dari main bowling semalam+makan+sembahyang dekat pukul 9 malam.Kami sampai Uia pon dah dekat 9.30 malam nasib balik naik teksi so macam pak guard tak dak la kacau sangat.Thanks guys.Hampa semua mmg best.Nanti kita pi main lagi noh.

Balik sampai bilik,ak terus mandi +sembahyang then terus godek-godek dengan komputer.Macam mana la ak boleh tersangkut dok design blog ni bagi lagi lawa sampai dekat pukul 3 pagi.Aku tau pagi esok tu ak kena bangun pukul 6 pagi sebab dalam pukul 7 kak Naza nak mai ambik aku nak pi event Herbalife dekat Shah Alam iaitu Gen-H.!!Aku dalam hati halal ja la,alang-alang dah buat baik buat sampai habis.Then dalam hati ak siap kata esok mesti ak penat sebab x cukup tidoq.

So,esok tu(harini)  kak Naza datang ambik aku dalam pkl 7 and kami sampai  Shah Alam pon dah dekat pukul 8.Dalam pkl 9 lebih dah boleh daftar dan kami pon terus memulakan perjalanan kami.Aku anggap macam Jungle Trekking gak la.Penat gak sebab jalan dia naik turun bukit walaupun jalan bertar.Pecah peluh gak!!Nasib pagi tu ak sempat ambik shake kalau tak memang lembik la ak sebab tak makan lagi.

Akhirnya sampai juga kami dekat tempat yang sepatutnya.First impression,cantik gak tempat ni.Situ tempat orang dok berekreasi siap boleh sewa basikal,flying fox.Fuh Flying Fox dya tinggi gila.Aku dok bayang mesti syok dah.Terbayang kenangan ak first buat flying fox masa ikut kem bomba peringkat daerah masa form 4.

Tapi,rupa-rupanya kami ada permainan lain.
Permainan dia best.Satu kumpulan ada dalam 6-7 orang.Best boleh jumpa orang baru .Walaupun kami semua  tak kenal,tapi yang pastinya kami love herbalife.=))

Last,keseluruhan kumpulan yang menang adalah Red team.Aku Black team cuma dapat no 3 ja.Ok apa.!!
Sebelum balik,ak ada tangkap gambar dengan sorang chinese ni.Dia ni badan lawa gila.Kurus dan sesuai.Dia kerja sebagai fitness program lebih kurang mcm tu la.Dia yang lead kami punya aerobik pagi tadi.Handsome gak chinese ni.Apa-apa pun,dya inspire aku untuk mencapai my ideal weight ok!!
inspire me.==))


Walaupun ak tak cukup tido dan rehat,ak still rasa energetic dan semangat sampai sekarang.Thanks Allah sebab menemukan saya dengan LUAR BIASA punya produk.!!!

Friday, March 25, 2011

design baru

wah!!!Aku sudah ubah design sekali lagi!!
lagi jelas.lagi lawa...ceewah!!
sudah2 fatimah!!
esok kena bgn awal sebab ada Gen-H.Program HERBALIFE..
Bye!!
Assalamualaikum

Thursday, March 24, 2011

asasi uia

assalamualaikum...
berdasarkan tajuk post kali ni agak berlainan dengan tujuan aku tubuhkan blog ni.Tak pa sebab aku nak flexible kan blog ak ni selain kesihatan still ada pelajaran.
Ramai jugak junior-junior ak dekat SMKAK tanya pasal apa beza asasi ,matrix,diploma dengan ijazah.
Kalau nak tahu boleh saja search dekat internet.Kalau nak senang pi ja dekat laman web ni..
www.eputra.com.
Tujuan aku post kali ni sebenarnya nak cerita pasal ASASI UIAM.
Mungkin depa minat nak tau pasal asasi uia tapi susah nak cari maklumat mai ak post kat sini noh.Kalau silap tolong betulkan.
Aku masuk asasi uia tahun 2010 dengan result spm 2010 yang biasa-biasa saja x da la straight a.Bersyukur..=)

LOKASI
Bagi student yang nak amik sc(medic,dentist,allied,nurse,bio sc,phsc sc,law,architect,)lokasinya terletak dekat dengan Petaling Jaya atau nama manjeknya PJ.(CFSIIUM PJ)
Bagi student yang nak amik art(account,human sc dan selain drpd asasi sc la) lokasinya terletak di Nilai,N9.

Orientasi
Ha!!!Yang ni yang paling semua org takut.Jangan risau ak rasa orientasi asasi uia la paling rilex.X dak buli2,semua sister2 and brothe2 dekat sini smeua baik2.
Cma semasa orientasi ni,hampa semua ada test tau.Kat sini panggil EPT(ENGLISH PLACEMENT TEST) dengan ujian arab.
Aku cerita  pasal english dulu.Ept ni lebih kurang macam muet la.Dya ada reading,speaking and writing ja.Tapi,kalau orientasi hanya ada writing and reading ja.
Kalau arab,writing.Sapa yang tere arab tu anggap macam bonus kat hampa.Soalan dya lebih kurang macam arab tggi and arab komunikasi.Tapi  x dak la nahu(tatabahasa).Just simple.

Ok cerita pasal test,berdasarkan test tu hampa akan dapat band.Kalau ept ada sampai band 6.Kalau arab sampai band 2 sahaja kecuali bdak yang amik law and arab.

Berdasarkan markah tu juga,tu akan menentukan tempoh pengajian hampa dekat asasi uia sebelum masuk main camp.Tapi,bagi bdak medic,allied,nurse wajib 2 tahun.No shortcut.
Yang kos lain ada yang setahun,setahun setengah and 2 tahun.
Syarat setahun.....EPT band 6/exempted + arab band 2/exempted
Syarat 1.5 tahun...Ept band6+arab band 1/ept band 5+arab band 2/ept band 5+arab band 1
selain dari yang tu semuanya 2 tahun.Tapi kadang2 dya ikut kos,so kalau x paham tanya aku ok=)

Sistem belajar
Kelas tuisyen!!Hampa besa masuk kelas tuisyen x?Tipu kalau x pernah.Serius belajar kat sini macam pi tusyen sebab bilangan pelajar yang sikit.Setakat aku belajar dekat sini,paling ramai pon 20-25 org pelajar.Selalunya ak dapat below 20 la.Tapi ada juga yang ramai,ikut nasib.Lecturer kat sini semua baik2.Tanya ja kalau x paham.Kalau malu boleh pi jumpa dekat bilik lecturer time consultation hour.
Pasal belajar dalam bi tu memang la.Ala memang la belajar dalam bi,tapi still paham.Ada juga lecturer yang ajar bi kadang-kadang bm.Confirm paham.Jangan takut!!

Facilities
Semua lengkap.Jangan risau.Makanan cukup.Cafe banyak.Pilih ja.Kalau masuk PJ untung sebab setiap hari selasa boleh keluar.Ada pasar malam.!!

Peraturan
Kelas(brother-seluar slack,kemeja,baju raihan..bla2)
          (sister-baju kurung,tudung,jubah)
            kasut mesti bertutup and gelap
lain-seluar jean pakaian yang memang x boleh pakai semua x boleh

Waktu kelas
pagi...8-1
petang..2-7
bukan semua ada kelas..
tu waktu umum ja...depand timetable hampa dapat nanti...






setakat ni saja post ak kali ni..apa-apa soalan jangan malu-malu tanya ak dekat fb
(berdasarkan pengetahuan ak)