Monday, April 18, 2011

Sapa nak cantik jom~~

Semua orang nak kulit cantik ye tak? I bet korang nak kulit cm gambar kat bawah ni! Flawless!

Anyway, I never would have imagined that I can achieve this kind of skin before this! Nak kata muka banyak sangat jerawat, tak jugak! Tapi muka penuh minyak, esp kat t-zone! And parut jerawat memang takkan hilang, akan jadi kesan kaler hitam!

Bawah ni la gmbr muka saya dulu:


Sekarang pula:


Nampak tak, hilang terus. Sebenarnya gambar ni saya penah upload dalam entry sebelum-sebelum ni. Saya juga letak gambar testimoni orang len! Rajen-rajen la belek ek? Plus, reason saya tulis entry ini sebab ramai jugak yang tanya-tanya pasal how Herbalife works, sampai boleh cantik kan kulit!

Nak tao rahsianya??

Jeng..jeng...jeng....

These are all the products yang buat saya sangat-sangat suka my skin now!

This one is called Herbal Aloe Concentrate. Sangat elok untuk digestion system! Apa kaitan digestion system ngn kulit muka ek?? Meh saya jawab! Toxin normally dtg from what we eat. N apa kita makan normally pegi ke digestion system kita. Digestion system kita tak bagus, toxin takkan mampu untuk keluar dari badan, the only way is by mewujudkan jerawat yg sangat banyak kat kulit anda! Jadi first thing first, bersihkan dalaman dulu, baru la kita pilih produk kulit yang bagus. Kalo beli produk kulit yg mahal-mahal pon, tapi toxin dalam badan kita tak buang, will not effect pon nnti! Remember 70% role of healthy looking skin is from inside our body. Only 30% je from outside!
 Cara consume: For kesan yang cepat! Minum 1 botol Herbal Aloe Concentrate ini in 1 week!


Ini plak nama dia Formula 1! Ade 5 flavour yang sangat sedap semuanya! Ini plak memberi semua kandungan nutrisi yang kita perlu, yang kulit kita perlu juga!
 Cara consume: Minum delicious shake Formula 1 1.5L dan lebih satu hari!

Lepas saya bersihkan dalaman baru la saya start gunakan produk luar pula untuk kulit muka!

Okie..basically ade multivitamin cleanser, multivitamin tonermultivitamin moisturiser (terbahagi kepada dua, normal to oily and normal to dry) Saya pakai yang kuning, maksudnya normal to oily!
Ketiga-tiga tu adalah rutin harian untuk membersihkan, menyegarkan dan melembabkan muka!

Kemudian kepada mereka yang suka pakai mask: Ada dua jenis mask, Clarifying Mask untuk membuang minyak pada muka, dan Moisturising Mask untuk melembabkan muka! Saya pakai kedua-duanya selang sehari! Dan yang seronoknya, mask ini takkan mengeras seperti mask lain, kita boleh makan pon sambil pakai mask!

Untuk penjagaan mata, ade eye cream untuk mengurangkan wrinkle di bawah mata, dan eye gel untuk mengurangkan eye bag di bawah mata! Masa saya pakai, mak saya yg tegur, lebam bawah mata saya kurang sangat-sangat! Saya pakai eye gel pada waktu siang dan eye cream pada waktu malam!

Kemudian ade lagi satu multivitamin exfoliating scrub! Yang ini saya pakai seminggu 2 ke 3 kali! Sangat bagus untuk buang bintik-bintik hitam! Bila pakai, kita tak rasa pon cm kulit terhakis, tapi rasa lembut dan licin sangat-sangat! Bagi kat kawan try, semua suka!

Yang ini plak Radiant C punya line. Dia ade Daily Facial Scrub Cleanser! Saya pakai tiap-tiap pagi sebelum ke kelas! bau dia wangi macam bau orange, kawan-kawan mak yang cuba, semua kata rasa macam nak makan je pencuci muka ni sebab sebijik bau orange! Scrub dia tak sekasar exfoliating scrub kat ats td, jadi yg ni boleh pakai hari-hari. Customer lelaki slaloo pakai ini sahaja!

Radiant C Daily Skin Booster! Okeh ini produk favourite saya! Start guna Herbalife, compact powder pon saya dh tak pakai skg, saya guna booster ini je kat kulit..Macam gel, tapi bila sapu lama-lama kat kulit, jadi halus cam bedak! Muka tak berminyak ok pakai ini! N yang best nya, sangat cepat kecilkan liang roma!

Ade juga Radiant C Face Quencher! Ha, ini peneman kalo duk dalam air-cond atau time ngntuk! spray je kat muka terus rasa segar! N bau dia sangat sedap! Elok untuk melembapkan muka!

Bukan setakat muka je harus dijaga! Tapi badan pon sama! Ade juga lotion badan yg ade SPF 15 okeh!


This is the life saver time munculnya jerawat! Letak je kat jerawat, jerawat will totally hilang, tak tinggalkan apa-apa kesan langsung okeh! Herbal Aloe Soothing Gel. Ini saya suka juga sapu kat satu badan! Sebab badan rasa segar dan sejuk lepas sapu, maklum la 100% aloe vera!


Sebabkan badan kita jugak terdiri dari kulit, jadi saya tak lupa juga nutrition untuk badan! Jadi saya guna Herbal Aloe Everyday Wash ini untuk badan saya! Tak guna dah any products yang banyak sangat chemical!

Okeh! Itulah rutin harian kecantikan kulit saya! Coming up I will also be using Herbal Aloe Shampoo! Tengah nak beli! Which means lengkaplah semua produk Herbalife saya guna!

END

Credit to Fatin..

Saturday, April 16, 2011

Minggu yang pack

Assalamualaikum semua.Hye!!Apa khabar semua?Bajet ramai je orang baca takpa..
Sebenarnya nampak sangatlah aku tak update blog sepanjang minggu lepas.
SubhanaAllah sangat-sangatlah pack masa minggu lepas sampai rasa nak nangis aja.Masuk tandas masa nak mandi air mata macam nak mencurah-curah tapi dalam hati.'Fatimah,sabar-sabar!!Allah nak bagi dugaan nak tengok sejauh mana kesungguhan hati aku'
Berpegang dengan kata-kata tu aku buat biasa aja.Minta maaf sangat dengan roommate aku sebab tak banyak cakap tapi weekend ni aku dah balas habis-habisan.Sayang semua.
Mari aku tulis sebab apa aku busy sangat last week

Isnin-Malam kelas silat macam biasa+study 4 midsem
Selasa-Kelas macam biasa+study for midsem
Rabu-Kelas macam biasa +bukak booth dekat student plaza sampai petang+malam test silat sebelum naik kelas
Khamis-Kelas macam biasa+bukak booth+malam exam midsem

Walaupun hari yang aku busy hanyalah Rabu dan Khamis tapi rasa sangat-sangatlah serabut.Dari sini aku belajar time management.Aku kena manage masa aku untuk siapkan latihan madam bagi,pasal booth dan pasal nak study untuk midsem.Aku amik math3 bukan calang-calang subjek.Kalau aku fail,nampaknya kena repeat la sem depan.Insya allah aku akan usaha sebaik yang mungkin.Aku dah janji dengan ayah aku yang aku akan jaga pelajaran aku.

Bercerita pasal booth  I REALLLLLLLLY LOVE IT!!Serius tak menyesal langsung walaupun busy.Aku belajar banyak benda dengan membuka booth bersama kak Naza and kak Wani.Terima kasih pada kedua-dua orang ni.Aku belajar pasal body analysis.Selama ni kak Naza yang ambik bacaan kat badan aku tapi aku tak pernah nak belajar buat sendiri.Konon-kononnya tak penting.But,serius pusing 360 darjah aku kena belajar bila buka booth.Sambutan dari student CFSIIUM sangat-sangatlah menggalakkan especially dari sister.Rasa sangat-sangat seronok dan bersemangat nak tolong orang-orang di luar sana untuk improve their health.Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan kami Ya Allah.Amin.
Pada awalnya,memang tak dapat sambutan.Aku fikir mungkin student-student ni tak berapa minat pasal kesihatan.Yalah zaman student,zaman makan.Ceewah.Tapi bila dah start tengah hari,aku dengan Kak Wani tebalkan muka juga cuba close student-student.Alhamdulillah memang diorang minat sangat.Memang tak menang tangan.Sampai aku yang tak pernah guna penimbang body analysis tu pon boleh reti guna.Siap bagi consultant kesihatan dan cerita pasal Herbalife.Especially apa yang Herbalife bagi dekat aku.Aku bersyukur sangat Allah temukan aku dengan Herbalife.SubhanaaAllah,Alhamdulillah.

Pasal midsem pulak,aku bertawakal sahaja sekarang ni.Harap-harap dapat keputusan yang cemerlang.Semoga apa yang aku belajar Allah berkati bukan sahaja untuk aku guna dalam midsem tapi dalam kehidupan.Siapa kata kalau involve dalam Herbalife, tak boleh berjaya dalam akademik.Bagi aku jumpa dia.Ramai sudah orang yang buat Herbalife,tapi result still gempak janji korang kena pandai manage masa korang.Gunakan masa sepadat yang mungkin.Aku juga sering ingatkan diri aku supaya memanfaatkan masa.Allah juga berfirman dalam surah Al-Asr.Demi Masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Jom layan gambar..=D


Sama -sama kita praktikkan dalam kehidupan Insya Allah.


Nota kaki-baru bfast dengan shake herbalife.=D.sangat sedap simple but perfect
               -who interested,contct me 0133397248=D

Friday, April 8, 2011

Kenangan di SMKA Kedah...Korang-korang!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Especially kawan-kawan aku semasa sekolah menengah iaitu SMKA Kedah.Serius entri kali ni memang aku nak tulis berjela-jela sebagai tanda aku rindu dekat hampa semua.
First time aku masuk SMKAK,aku ingat lagi aku dok teriak saja(manjek la plak),time ni aku kurang kenal dengan si Hazirah.Ayu pulak just kenal gitu-gitu sebab dia anak kawan ayah aku.Serius kawan-kawan yang aku rapat last-last dekat SMKAK semuanya aku kurang kenal waktu form 1.Aku ingat lagi dulu aku tak duduk dengan hampa semua sedangkan aku pi berhijrah dekat bilik cousin aku.Nak kata aku rapat dengan dia tak adalah sangat.Tapi keputusan ayah aku terpaksa aku ikut.Serius kalau bukan pendirian ayah aku yang kuat nak suruh aku duduk dekat SMKAK tu,aku rasa aku tak pernah kenal hampa yang sangat aku sayang erat-erat.

Naik form 2,aku sekelas dengan Hazirah.Dari form 2 aku mula duduk dengan orang yang sama umur dengan aku.Dari sini aku mula rapat dengan Izzati Fadzil,Marjani,Ayu,Farah(korang egt x),Zubed and ramai lagi aku pon  tak berapa ingat.Waktu ni zaman ke'otai'an sudah mula.Boleh kata aku rapat dengan bebudak bilik aku tak silap bilik Ilmiah kot nama bilik tu.Hazirah plak sebelah bilik aku ja iaitu bilik Ilham.Darii segi kelas aku rapat giler dengan Hazirah.Kami study sama-sama,gaduh sama-sama,makan sama-sama.Terima kasih sebab sudi kawan dengan aku.Aku ingat lagi time first time masuk form 2,aku pi dekat hang,aku tanya sebelah hang ada orang tak ?Hang kata tak dak.So aku pon mulalah sesi taaruf,Skema!!Pastu kita pon mula kawan,rupa-rupanya kita ni sama2sekepala.Tambah join dengan gang lain lagi la.Ingat tak masa kita involve hoki,pasukan kita dok lepak dekat bilik sebab balik lewat,then teacher Sherry datang serang kita.Terkedek-kedek semua lari pi kelas prep .Hahaha
Dari segi bilik plak,time tu sebab pengaruh Marjan,aku,Ti,dengan Farah gila kumpulan F4.Aku ingat lagi marjan buat kad merah kumpulan f4 pastu dok pelekat dekat kepala orang.Time bulan posa aku engat lagi dok lari-lari pi DM lepas habis semayang margrib.Serius tak matang langsung.Keja nak makan ja.Hahahah.Pastu buat semayang tarawih lapan ja then naik bilik dok cerita pasal cerita korea.

Naik form 3,aku dengan Ti terpisah bilik tapi kami sekelas.Hazirah pandai so dya naik kelas,tapi aku malas nak usaha,stay ja dekat Mawaddah.Hazirah plak sebilik dengan aku.Time ni aku ingat lagi Ayu selalu lepak dekat bilik kita kan Hazirah?Sebab bilik kita ni sempoi.Aku ingat lagi selalu kena marah dengan Awi.Awi kan ketua yang sangat-sangat berdedikasi.Rindu hang membebel la Awi.Sebab hang la Hazirah.Hang dengan aku kalau gelak memang tak ingat dunia.Pontianak pon kalah.Paling aku tak boleh lupa,time kita skip programme apa tah,the teacher Sherry naik bilik.Semua sembunyi.Aku ingat lagi time ni aku sembunyi bawah katil.Gila bangang.Pa'in sembunyi dalam locker.hahahahha.Handset jgn cerita aku simpan dalam tin biskut.Marjan sembunyi dalam sabun basuh baju.Gila la hampa ni.
Satu lagi aku tak boleh lupa,time lepas PMR.Semua pakat balas dendam malas pi sekolah.Aku ingat lagi kita pi sekolah pukul 8 pagi sedangkan kelas pukul 7.30 pagi.Tak silap aku 3/4 student form 3 kena tahan dengan pengawas.Time ni kita dapat PK baru.Hampa egt x?
Orang panggil dia Nyet.Aku panggil dya pak cu..Ceewah hahaha
Ayah aku pon pening kepala dengan perangai aku sebab aku ni kan anak bongsu.So dya takut kena tindakna disiplin tapi kita rilex saja kan....
Alhamdulillah main-main kita,kita tetap study.Dapat result sama-sama cemerlang.

Naik form 4,semua pakat nak tukar sekolah.Konon-konon nak pi SBP la macam-macan la.Time ni aku pon terpengaruh.Aku nak pi SAINA.sebab boleh balik tiap mggu ya lah dekat gila dengan rumah.Hahahhaa.
Sampai nangis+merajuk dengan ayah aku sebab tak bagi.Dya kata belajar kat mana pon sama janji usaha.Dekat SMKAK pelajaran dapat agama pon dapat.Walaupun aku jahat,ayah aku tetap tak bagi aku keluar dari SMKAK.Harini baru aku paham kenapa ayah aku buat macam tu.Aku sayang ayah sangat-sangat.Jom kita hantar anak-anak kita masuk sekolah agama nak nanti ..Hahaha
Aku ingat lagi aku dengan Wan selalu lari balik umah hujung minggu.Sampai ayah aku pon pelik boleh balik umah setiap minggu.Time hampa kena dengan Ust Fendi sbab skip fardu ain tu nasiblah aku balik umah kalau tak mesti aku ada sekali .Hahaha
Waktu ni aku ingat hang HAZIRAH,kita sama-sama dok pekena cikgu Shatrri.Dya kan skema.Aku harap dia  tak baca entri aku kali ni.Aku ingat lagi dia suka amik masa cikgu lain.Yalah time ni kan aku dilantik secara tak rasmi sebagai penolong ketua kelas hampa.Memang hampa semua jahat noh.Dahla ketua kelas sellau bertukar start dengan Pian then Sidqie.Hujung tahun tu aku ingat lagi kita buat majlis perpisahan budak kelas 4 Ihsan.Serius aku rasa kelas paling best 4 Ihsan.Sebab semua bagi cooperation dan kelas kita pon menang pertandingan keceriaan kelas berapa kali tah aku pon lupa dah.Thanks semua girls and boys.Aku tau walaupun mulut aku ni dok hingaq ka apa ka,apa-apapon hampa still ikut.sayang hampa sangat-sangat.

Naik form 5,kelas kurang best.Dengan tekanan nak SPM semuanyalah bergabung.Macam bukan manusia lagi.Tapi setiap minggu mesti lari balik umah secara haram.Nasib ada Hazirah dengan Naimah.Hampalah penyeri hidup aku kalau tak memang aku pon terpengaruh terskema sekali hahaha.Naimah dengan lambat pick up dya.Apa-apa pon hang memang pandai Naimah.Naimah suka buat muka slumber pastu suka gelak bila orang sudah habis gelak.Naimah sorry kalau aku dengan Hazirah suka pekena hang.Sayang hang sangat-sangat.Walaupun kita kena pindah bangunan ke bangunan lama,aku tau ada hikmahnya.Kita hanya merancang,Allah lebih mengetahui.Ingat lagi time bangun study pagi-pagi,serius aku baca bukan masuk apa pon dalam otak,tapi bajet pi la nak study.Alhamdulillah kita semua dapat keputusan cemerlang.
Apa-apa pon walaupun kita terpisah,kenangan dengan hampa memang aku tak akan padam dari kamus hidup aku.Kita buat jahat sama-sama,dekat DM aku rasa yang bahagian ni hampa lebih cepat paham.TERUTAMA Hazirah.hahaha.Aku rindu hampa semua..Hazirah,Ayu,Ti,Wani,Marjan,Zubed,Mirah,Naimah,Awi,Pa'in and ramai lagi.

Jom layan gambar

suatu ketika dahulu

time spm

bas yang sangat-sangat berjasa

Wani dengan Hazirah

Naimah dengan Feeza

Ti dengan Zubed

I miss this moment

tak silap aku lepas meng'kedarah'

thnx  <<<<


kita...

comel

time kacai cikgu shatri tak silap

masih ingatkah hampa?

bekas ketua 4 ihsan

sangat-sangat sempoi time class bio

dengan cikgu shatri

hari terakhir 4 Ihsan

sometime miss him haha

bekas ketua 4 ihsan

tak silap time maulidur rasul


miss awk dan awk

'adik' kesayangan kita


sangat sedaop

bakti terakhir kita kpd Zuhrah





rindu hampa sangat-sangat haha

who?

time muda-muda


time hazirah tiru aku haha

keja comel time bio class

sangat-sangatttttttttttttt rindu

sangat-sangat kasih

terbaik

time denda

muda-mudi

ex-4 ihsan


aku sangat sayang dengan gambar ni


simpan erat-erat

ayu dengan agenda nya

suatu ketika dulu



aku sangat rindu bilik bi...curi maggi haha

*banyak lagi gambar tapi malas aku nak upload
*banyak lagi aku nak tulis tapi tak tertulis..just summary yang terlintas dekat otak aku..
*aku sangat sayang hampa-hampa semua

Khas untuk hampa semua..yang pernah sudi menjadi sahabat aku...i love u all