Thursday, January 20, 2011

DIET

Apabila kita bincangkan tentang diet, kita akan berkata tentang penurunan berat badan. Sekarang masalah terlebih berat badan semakin meruncing di dunia dan juga negara kita Malaysia.

Cara diet yang baik berkaitan rapat dengan keperluan zat makanan yang secukupnya untuk bekalan badan kita. Contohnya, Vitamin C, kita disarankan untuk mengambil sebanyak 75mg. Vitamin E pula 10mg.

Begitu juga dengan zat makanan lain seperti protein yang mana cara diet yang baik menyarankan kita untuk ada 1g untuk setiap KG berat badan kita. Begitu juga keperluan untuk zat-zat makanan lain termasuk mineral dan vitamin.

Jadi, dengan asas pengetahuan seperti ini, cara diet yang baik ialah dengan mengambil makanan yang kurang kalorinya tetapi tinggi nilai zat makanannya. Memang agak sukar untuk menjalani cara diet yang baik di zaman sekarang ini tanpa bantuan supplement atau makanan tambahan.

Ini adalah kerana kandungan zat makanan dalam sumber mentah makanan kita sekarang adalah sangat rendah. Contohnya, kajian di pasaran Jepun menunjukkan bahawa buah oren segar di pasaran mereka mengandungi Vitamin C = kosong. Jadi bagaimana kita ingin mengekalkan cara diet yang baiksekiranya makanan “baik” yang kita pilih sebenarnya tidak mengandungi zat seperti yang kita mahukan.

Jadi, di sinilah kita perlukan zat makanan dari makanan gantian yang diformulasikan daripada tanaman-tanaman yang di kontrakkan. Tanaman seperti ini dikawal mutunya. Dipetik semasa ia benar-benar masak dan diproses mengunakan teknologi supaya kandungan zat makanan yang ada dalam produk yang dihasilkan sama seperti apa yang tertulis di belakang botol.

Nampaknya kita sudah jadi TERPAKSA mengunakan produk-produk berteknologi untuk membantu kita menjalankan cara diet yang baik.

No comments:

Post a Comment